Akhbar versi digital: implikasi terhadap trend sirkulasi akhbar bercetak di Malaysia

Kemerosotan jualan akhbar bercetak yang berlaku sejak tahun 2013 telah membangkitkan persoalan tentang hala tuju industri penerbitan akhbar negara ini. Akhbar New Straits Times mencatatkan purata kejatuhan terbesar sebanyak 32.4 peratus kepada 37,885 naskhah sehari, diikuti dengan Harian Metro seban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shahrul Nazmi Sannusi, Normah Mustaffa
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10040/1/V31_2_40.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10040/
http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-2015.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kemerosotan jualan akhbar bercetak yang berlaku sejak tahun 2013 telah membangkitkan persoalan tentang hala tuju industri penerbitan akhbar negara ini. Akhbar New Straits Times mencatatkan purata kejatuhan terbesar sebanyak 32.4 peratus kepada 37,885 naskhah sehari, diikuti dengan Harian Metro sebanyak 25 peratus kepada 342,689 naskhah. Walau bagaimanapun, dalam laporan Audit Bureau of Circulation Malaysia 2014 (ABC Malaysia 2014) menunjukkan, akhbar berkonsepkan digital atau e-paper- Utusan Malaysia mencatatkan lonjakan langganan 60 peratus kepada 204,302 naskhah, manakala akhbar digital The Star dan Sunday Star E-Paper menokok 64 peratus dengan langganan sebanyak 81,367 and 81,498 setiap satu. Maka, persoalan yang timbul disini adakah peningkatan trend pembacaan akhbar versi digital ini secara perlahan-lahan bakal mengancam sirkulasi akhbar bercetak dalam negara ini? Justeru, kertas ini akan mengkaji trend perolehan akhbar utama tempatan dalam talian ini khususnya dalam konteks langganan serta hubung kaitnya dengan trend sirkulasi akhbar bercetak. Hasil analisis data sekunder yang diperolehi daripada ABC Malaysia menunjukkan, jumlah sirkulasi akhbar Berita Harian, The Star dan New Sunday Times dalam talian menunjukkan pertumbuhan berganda melebihi 100 peratus setiap enam bulan, manakala pertumbuhan sirkulasi akhbar bercetak juga mencatatkan penurunan sekitar 10 hingga 33 peratus khususnya sekitar tahun 2013 dan 2014. Maka, jelas disini menunjukkan bahawa pertumbuhan pantas akhbar versi digital dalam negara ini sejak beberapa tahun lalu tidak memberi kesan signifikan kepada trend pendapatan sirkulasi akhbar bercetak. Trend perolehan sirkulasi akhbar bercetak ini lebih dipengaruhi oleh isu-isu semasa yang diketengahkan sepanjang tempoh tersebut.