Kepentingan motivasi pendidikan dalam pemerkasaan komuniti pribumi
Kepentingan pendidikan telah lama dikenal pasti sebagai salah satu komponen utama dalam usaha untuk memperkasa seseorang individu mahupun sesebuah komuniti lantas membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Justeru itu, motivasi dan galakan dalam pendidikan penting dalam usaha membantu komu...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10105/1/230-896-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/10105/ http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/26 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kepentingan pendidikan telah lama dikenal pasti sebagai salah satu komponen utama dalam usaha untuk memperkasa seseorang individu mahupun sesebuah komuniti lantas membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Justeru itu, motivasi dan galakan dalam pendidikan penting dalam usaha membantu komuniti pribumi ke arah memperkasakan kehidupan mereka. Kajian ini bertujuan untuk meneroka bentuk motivasi pendidikan dalam pemerkasaan komuniti Orang Sungai di Paitan, Sabah. Responden terdiri daripada 38 ketua isi rumah. Kajian dilakukan dengan menggunakan pen-dekatan campuran di mana teknik survei menggunakan borang pemetaan aset digabungkan dengan teknik temu bual bagi mendapatkan jawapan yang tepat lagi terperinci. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis tema mendapati timbulnya dua tema utama iaitu motivasi intrinsik (rekod ke-hadiran diri, tiada taruhan wang dan rekod kehadiran anak) dan ekstrinsik (beg dan alat tulis, pen-galaman berguru, makan dan minum, rakan dan adik-beradik serta pengalaman bergaul dengan orang luar). Keseluruhannya program advokasi literasi telah berjaya menimbulkan kesedaran tentang kepentingan pelajaran dalam kalangan pelajar dewasa. Kesedaran ini perlu terus dipupuk dan diberi perhatian agar proses pembelajaran dapat diteruskan keperingkat yang lebih tinggi di masa akan da-tang. |
---|