Keadilan teras kepimpinan raja-raja Melayu: dari era tradisi ke kontemporari

Kajian ini membincangkan mengenai konsep keadilan dalam kepimpinan raja-raja Melayu yang menjadi fokus pembicaraan karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional. Hal ini menjadikan karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional amat penting sebagai wadah pembentukan peradaban manusia bagi melahirk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Norizam Jamian, Mohd Yuszaidy Yusoff, Muammar Ghaddafi Hanafiah, Yusmilayati Yunos
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10404/1/18106-51384-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10404/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/935
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini membincangkan mengenai konsep keadilan dalam kepimpinan raja-raja Melayu yang menjadi fokus pembicaraan karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional. Hal ini menjadikan karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional amat penting sebagai wadah pembentukan peradaban manusia bagi melahirkan pemimpin yang adil dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah dan sekali gus hamba-Nya di muka bumi. Bagi menganalisis konsep keadilan raja-raja Melayu semasa era tradisi, data kajian melibatkan karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional yang dihasilkan atau disalin dari abad ke-15 hingga ke-19. Antara lain karyakarya tersebut meliputi Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin, Kitab Nasihat Raja-Raja, dan Thamarat al-Muhimmah. Analisis konsep keadilan raja-raja Melayu dalam era kontemporari pula bersumberkan Perlembagaan Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan adab berasaskan model kerangka pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas (2001). Hasil kajian membuktikan bahawa karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional berperanan sebagai penanam adab bagi melahirkan pemimpin yang adil, yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta ukhrawi dan duniawi. Karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional menjadi panduan kepada khalayak menjalin hubungan dengan Tuhan selaku Pencipta (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas) di samping menjelaskan status peranan bagi setiap manusia di dunia - sebagai khalifah Allah dan pada masa yang sama selaku hamba-Nya. Prinsip keadilan ini diteruskan oleh raja-raja Melayu dalam era kontemporari.