Memahami kesepaduan sosial di sempadan menerusi lensa komunikasi

Sempadan antara negara merupakan kawasan penting kepada dua belah negara. Pada masa kini, ianya menjadi lebih penting sebagai pusat pertemuan komuniti, zon untuk kerjasama dua hala dan laluan keluar masuk pelbagai aktiviti halal dan haram. Lantas, komuniti di kawasan sempadan antara negara lazimnya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Yusof Abdullah, Suhana Saad, Junaenah Sulehan, Noor Rahamah Abu Bakar, Abd. Hair Awang, Ong, Puay Liu
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10486/1/14897-41149-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10486/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
id my-ukm.journal.10486
record_format eprints
spelling my-ukm.journal.104862017-07-05T08:59:21Z http://journalarticle.ukm.my/10486/ Memahami kesepaduan sosial di sempadan menerusi lensa komunikasi Mohd Yusof Abdullah, Suhana Saad, Junaenah Sulehan, Noor Rahamah Abu Bakar, Abd. Hair Awang, Ong, Puay Liu Sempadan antara negara merupakan kawasan penting kepada dua belah negara. Pada masa kini, ianya menjadi lebih penting sebagai pusat pertemuan komuniti, zon untuk kerjasama dua hala dan laluan keluar masuk pelbagai aktiviti halal dan haram. Lantas, komuniti di kawasan sempadan antara negara lazimnya mempunyai dan menjalin hubungan lebih kerap dan rapat antara satu sama lain. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka berkongsi persamaan dari segi keturunan, bahasa, dan budaya. Faktor kedekatan juga mempengaruhi hubungan rapat yang terjalin di samping wujudnya prasarana sistem komunikasi yang telah dibangunkan oleh pihak kerajaan kedua buah negara. Kawasan penempatan komuniti di sempadan Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia terletak jauh dari ibu negeri atau bandar besar kedua buah negara dan ini juga menyebabkan hubungan penduduk itu lebih dekat sesama mereka. Makalah ini membentangkan isu hubungan komuniti di kawasan penempatan penduduk di sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat berdasarkan data kajian lapangan yang telah dijalankan. Kajian ini menggunakan pemerhatian di lapangan dan tinjauan melalui soalselidik untuk melihat pola hubungan ethnik di tiga kawasan penempatan penduduk iaitu Kampung Mongkos, Lubuk Antu, Ba’kelalan dan Telok Melano di Sarawak. Dapatan kajian mendapati penduduk di kawasan kajian mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain hasil daripada pertalian darah dan sosial yang telah lama terjalin. Hubungan yang rapat ini diperkukuhkan lagi dengan mudahnya penduduk keluar masuk untuk urusan harian dan sosial ke kawasan masing-masing melalui jalan yang sedia ada dan peraturan keluar masuk sempadan yang mesra pelanggan. Justeru, saling kebergantungan antara komuniti ini untuk memenuhi keperluan kehidupan menjadikan komunikasi antara mereka lebih akrab dan rapat walaupun sekali sekala timbulnya isu persempadanan nasional. Hasil kajian ini menunjukkan hubungan sosial komuniti di sini dengan keluarga dan jiran di sempadan adalah mesra. Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan penduduk di kawasan sempadan ini menjalani kehidupan harian dalam keadaan yang tenang, simpel dan gembira. Kedinamikan hubungan komuniti di sempadan ini patut dilihat sebagai model untuk memahami kesejahteraan hubungan etnik dan kesepaduan sosial negara. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/10486/1/14897-41149-1-SM.pdf Mohd Yusof Abdullah, and Suhana Saad, and Junaenah Sulehan, and Noor Rahamah Abu Bakar, and Abd. Hair Awang, and Ong, Puay Liu (2016) Memahami kesepaduan sosial di sempadan menerusi lensa komunikasi. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 32 (1). pp. 455-467. ISSN 0128-1496 http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
building Perpustakaan Tun Sri Lanang Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Kebangsaan Malaysia
content_source UKM Journal Article Repository
url_provider http://journalarticle.ukm.my/
language English
description Sempadan antara negara merupakan kawasan penting kepada dua belah negara. Pada masa kini, ianya menjadi lebih penting sebagai pusat pertemuan komuniti, zon untuk kerjasama dua hala dan laluan keluar masuk pelbagai aktiviti halal dan haram. Lantas, komuniti di kawasan sempadan antara negara lazimnya mempunyai dan menjalin hubungan lebih kerap dan rapat antara satu sama lain. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka berkongsi persamaan dari segi keturunan, bahasa, dan budaya. Faktor kedekatan juga mempengaruhi hubungan rapat yang terjalin di samping wujudnya prasarana sistem komunikasi yang telah dibangunkan oleh pihak kerajaan kedua buah negara. Kawasan penempatan komuniti di sempadan Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia terletak jauh dari ibu negeri atau bandar besar kedua buah negara dan ini juga menyebabkan hubungan penduduk itu lebih dekat sesama mereka. Makalah ini membentangkan isu hubungan komuniti di kawasan penempatan penduduk di sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat berdasarkan data kajian lapangan yang telah dijalankan. Kajian ini menggunakan pemerhatian di lapangan dan tinjauan melalui soalselidik untuk melihat pola hubungan ethnik di tiga kawasan penempatan penduduk iaitu Kampung Mongkos, Lubuk Antu, Ba’kelalan dan Telok Melano di Sarawak. Dapatan kajian mendapati penduduk di kawasan kajian mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain hasil daripada pertalian darah dan sosial yang telah lama terjalin. Hubungan yang rapat ini diperkukuhkan lagi dengan mudahnya penduduk keluar masuk untuk urusan harian dan sosial ke kawasan masing-masing melalui jalan yang sedia ada dan peraturan keluar masuk sempadan yang mesra pelanggan. Justeru, saling kebergantungan antara komuniti ini untuk memenuhi keperluan kehidupan menjadikan komunikasi antara mereka lebih akrab dan rapat walaupun sekali sekala timbulnya isu persempadanan nasional. Hasil kajian ini menunjukkan hubungan sosial komuniti di sini dengan keluarga dan jiran di sempadan adalah mesra. Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan penduduk di kawasan sempadan ini menjalani kehidupan harian dalam keadaan yang tenang, simpel dan gembira. Kedinamikan hubungan komuniti di sempadan ini patut dilihat sebagai model untuk memahami kesejahteraan hubungan etnik dan kesepaduan sosial negara.
format Article
author Mohd Yusof Abdullah,
Suhana Saad,
Junaenah Sulehan,
Noor Rahamah Abu Bakar,
Abd. Hair Awang,
Ong, Puay Liu
spellingShingle Mohd Yusof Abdullah,
Suhana Saad,
Junaenah Sulehan,
Noor Rahamah Abu Bakar,
Abd. Hair Awang,
Ong, Puay Liu
Memahami kesepaduan sosial di sempadan menerusi lensa komunikasi
author_facet Mohd Yusof Abdullah,
Suhana Saad,
Junaenah Sulehan,
Noor Rahamah Abu Bakar,
Abd. Hair Awang,
Ong, Puay Liu
author_sort Mohd Yusof Abdullah,
title Memahami kesepaduan sosial di sempadan menerusi lensa komunikasi
title_short Memahami kesepaduan sosial di sempadan menerusi lensa komunikasi
title_full Memahami kesepaduan sosial di sempadan menerusi lensa komunikasi
title_fullStr Memahami kesepaduan sosial di sempadan menerusi lensa komunikasi
title_full_unstemmed Memahami kesepaduan sosial di sempadan menerusi lensa komunikasi
title_sort memahami kesepaduan sosial di sempadan menerusi lensa komunikasi
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2016
url http://journalarticle.ukm.my/10486/1/14897-41149-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10486/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818
_version_ 1643738142150230016