Singapura dan pengaruh luar menjelang Perang Dunia Pertama
Menjelang Perang Dunia Pertama, British mengakui bahawa Tanah Melayu khususnya Singapura telah pun terdedah dengan pelbagai hasutan dan propaganda pengaruh luar. Apabila Perang Dunia Pertama meletus pada 28 Julai 1914, pengaruh luar ini mula menyebarkan propaganda dan ideologi penentangan bagi men...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10625/1/5.geografia-ogos16-aslah-edam.pdf http://journalarticle.ukm.my/10625/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=10&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Menjelang Perang Dunia Pertama, British mengakui bahawa Tanah Melayu khususnya Singapura telah pun terdedah
dengan pelbagai hasutan dan propaganda pengaruh luar. Apabila Perang Dunia Pertama meletus pada 28 Julai 1914,
pengaruh luar ini mula menyebarkan propaganda dan ideologi penentangan bagi mendapatkan sokongan masyarakat
untuk bangkit menentang British. Ancaman utama British pada ketika itu adalah daripada pengaruh gerakan Ghadar,
Pan Islamisme dan Jerman. Menyedari hal ini, kerajaan British telah mengambil beberapa langkah bagi menghalang
ancaman dan pengaruh luar tersebut. Namun begitu, hasutan dan propaganda pengaruh luar tersebut tidak dapat
dibendung dengan mudah apabila akhirnya tercetus peristiwa “Singapore Mutiny 1915”. Artikel ini akan
menganalisis keberkesanan usaha-usaha British dalam membendung serta menangani ancaman pengaruh luar yang
membawa kepada peristiwa dahagi tentera (Singapore Mutiny 1915). Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan
kualitatif dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer daripada rekod-rekod kerajaan British. Dapatan kajian
memperlihatkan kelemahan dan kelonggaran pentadbiran British merupakan faktor utama yang telah membawa
kepada berlakunya peristiwa “Singapore Mutiny 1915”. Kesimpulannya, pentadbiran British di Singapura gagal
menghalang ancaman dan pengaruh luar sehingga membawa kepada pemberontakkan dari kalangan tenteranya
sendiri iaitu Indian 5th Light Infantry. |
---|