Penggunaan strategi komunikasi dalam rutin perundingan makna

Sifat kerjasama dalam komunikasi antara pelajar dan penutur natif dilihat dapat membantu meningkatkan kecekapan komunikatif pelajar. Kecekapan komunikatif merupakan pendekatan yang memberi fokus kepada interaksi dan komunikasi. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menganalisis data...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rozita Che Omar, Jagdish Kaur
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10666/1/14558-47998-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10666/
http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/897
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sifat kerjasama dalam komunikasi antara pelajar dan penutur natif dilihat dapat membantu meningkatkan kecekapan komunikatif pelajar. Kecekapan komunikatif merupakan pendekatan yang memberi fokus kepada interaksi dan komunikasi. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menganalisis data yang diperolehi daripada interaksi pelajar bersama penutur natif bahasa Sepanyol. Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan strategi komunikasi (SK) dalam rutin perundingan makna oleh pelajar bahasa Sepanyol dalam komunikasi mediasi komputer secara sinkronis semasa perbualan bersama penutur natif berlangsung. Sebanyak 12 jenis SK yang dikaji dalam kajian ini. Seramai 60 orang pelajar elektif bahasa Sepanyol dari tiga buah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Putra Malaysia dipilih sebagai responden kajian. Responden terdiri daripada pelajar Tahap I, Tahap II dan Tahap III. Data utama kajian ialah teks perbualan pelajar bersama penutur natif dalam laman sembang atas talian. Perbualan ini merupakan perbualan bebas yang berlangsung selama dua jam bagi setiap sesi. Jumlah keseluruhan masa perbualan adalah selama 120 jam. Tujuan penggunaan SK adalah untuk meningkatkan kefasihan dan kelangsungan perbualan tanpa terlalu menitikberatkan ketepatan dalam konteks bahasa sasaran. Model Zhao (2010) dan Model Smith (2003) dijadikan panduan untuk melihat kepada fasa rutin perundingan makna. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tanpa mengira tahap kecekapan bahasa menggunakan SK tertentu dalam setiap fasa rutin perundingan makna. Penggunaan SK yang sesuai dalam rutin perundingan membantu pelajar untuk menjayakan komunikasi. Implikasi kajian ini menunjukkan para pelajar dapat meningkatkan kecekapan komunikatif mereka dalam bahasa asing yang dipelajari.