Penganggaran fungsi permintaan wang di Malaysia menggunakan pendekatan simetri dan asimetri: perbandingan indeks penjumlahan mudah dan divisia
Kajian ini bertujuan untuk menganggar fungsi permintaan wang yang menggunakan agregat monetari penjumlahan mudah M1 dan M2 serta agregat kewangan berwajaran divisia DM1 dan DM2. Kedua-dua kewangan divisia bagi wang sempit (narrow money) DM1 dan kewangan divisia bagi wang luas (broad money) DM2 dib...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10789/1/jeko_50%282%29-15.pdf http://journalarticle.ukm.my/10789/ http://www.ukm.my/fep/jem/content/2016-2.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menganggar fungsi permintaan wang yang menggunakan agregat monetari penjumlahan
mudah M1 dan M2 serta agregat kewangan berwajaran divisia DM1 dan DM2. Kedua-dua kewangan divisia bagi wang
sempit (narrow money) DM1 dan kewangan divisia bagi wang luas (broad money) DM2 dibina menggunakan kaedah
penganggaran diskrit masa Tornquist (1936) dan Theil (1967). Indeks divisia dikatakan lebih baik daripada indeks
penjumlahan mudah kerana mengambilkira perbezaan tingkat kecairan dan kos bagi setiap aset dalam agregat kewangan
dengan memberikan wajaran yang berbeza mengikut tingkat kecairan. Tidak seperti kajian sebelum ini, kajian ini
menganggarkan fungsi permintaan wang bersifat asimetri dengan menggunakan kaedah ‘Non-Linear Autoregressive
Distributed Lag’ (NARDL). Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara permintaan wang
bagi kedua-dua jenis agregat kewangan dengan tingkat pendapatan, kadar bunga, serta kadar inflasi. Kajian ini turut
menyokong wujudnya kesan asimetri dalam fungsi permintaan wang di Malaysia. Implikasi kajian menunjukkan bahawa
penting bagi pembuat dasar mengambilkira kesan asimetri dalam tingkat pendapatan bagi menentukan hubungan
permintaan wang dengan penentunya di Malaysia. |
---|