Penentuan kualiti air daripada sistem penuaian air hujan di Kolej Ungku Omar, UKM Bangi

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kualiti air hujan di dalam Sistem Penuaian Air Hujan iaitu MyRAWAS yang dibina di Kolej Kediaman Ungku Omar, UKM, Bangi. Parameter air hujan yang dikaji dibandingkan dengan Piawai Kualiti Air Kebangsaan Malaysia (NWQS) dan Piawai Kualiti Air Minum. Paramet...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Syarina Asman, Azhar Abdul Halim, Marlia Mohd Hanafiah, Farah Diyana Ariffin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11140/1/06%20Nur%20Syarina%20Asman.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11140/
http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid46bil8_2017/KandunganJilid46Bil8_2017.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kualiti air hujan di dalam Sistem Penuaian Air Hujan iaitu MyRAWAS yang dibina di Kolej Kediaman Ungku Omar, UKM, Bangi. Parameter air hujan yang dikaji dibandingkan dengan Piawai Kualiti Air Kebangsaan Malaysia (NWQS) dan Piawai Kualiti Air Minum. Parameter yang diuji dalam analisis air hujan ialah suhu, pH, kekeruhan, jumlah pepejal terampai (TSS), oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), ammonia-nitrogen (NH3-N), Koliform Jumlah dan Escherichia coli. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua bacaan parameter mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Piawai Kualiti Air Kebangsaan Malaysia (NWQS) dan Piawai Air Minum Kebangsaan dengan purata nilai suhu, pH, kekeruhan, TSS, DO, BOD, COD dan NH3-N masing-masing berada pada julat 26.2°C-28.6°C, 6.18-6.36, 0.93-3.06 ntu, 1.0-4.6 mg/L, 6.21-8.29 mg/L, 0.21-0.43 mg/L, 3-7 mg/L dan 0.01-0.47 mg/L. Manakala bacaan Koliform Jumlah dan Escherichia coli berada di bawah had maksimum yang ditetapkan oleh Piawai Kualiti Air Minum. Berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA), kualiti air hujan di kawasan kajian berada pada kelas IIA bagi titik persampelan T1 dan T2 dan berubah menjadi kelas I selepas menjalani kaedah rawatan penapisan iaitu pada titik persampelan T3. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa air tuaian hujan tersebut selamat untuk digunakan untuk aktiviti harian.