Konflik dalam proses penilaian prestasi dalam organisasi
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kewujudan konflik dalam proses penilaian prestasi dan kesannya terhadap prestasi pekerja dalam organisasi. Penilaian prestasi merupakan satu mekanisme penting yang membolehkan organisasi menilai keberkesanan dan sumbangan pekerja terhadap organisasi. Namun...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11302/1/19334-60320-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/11302/ http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/975 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kewujudan konflik dalam proses penilaian prestasi dan kesannya terhadap prestasi pekerja dalam organisasi. Penilaian prestasi merupakan satu mekanisme penting yang membolehkan organisasi menilai keberkesanan dan sumbangan pekerja terhadap organisasi. Namun dalam menguruskan penilaian prestasi, konflik tidak dapat dielakkan bilamana pihak pengurusan perlu memberi penilaian terhadap pencapaian para pekerja. Kajian berkaitan penilaian prestasi masih kurang mendapat perhatian dalam kalangan pengkaji, khususnya dalam konteks organisasi di Malaysia. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan konflik dalam organisasi yang dikaji dan seterusnya meneliti kesannya terhadap prestasi pekerja. Kajian ini telah dijalankan terhadap dua buah organisasi di Malaysia menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah temu bual bersemuka telah dijalankan terhadap 15 orang peserta yang terdiri daripada pengurus sebagai penilai dalam penilaian prestasi serta para pekerja atau eksekutif yang dinilai. Hasil kajian ini mendapati kewujudan konflik dalam proses penilaian prestasi yang memberi kesan terhadap motivasi dan emosi pekerja dan penilai. |
---|