Lakuan ilokusi guru dalam pengajaran Bahasa Melayu

Lakuan ilokusi merupakan perlakuan niat pengucapan yang terdapat dalam sesuatu ujaran. Dalam ujaran yang dituturkan oleh guru ketika proses pengajaran terdapat lakuan ilokusi yang tertentu yang dibina dengan matlamat dan fungsi yang tertentu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Zuhair Zainal
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11777/1/18316-63591-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11777/
http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1043
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Lakuan ilokusi merupakan perlakuan niat pengucapan yang terdapat dalam sesuatu ujaran. Dalam ujaran yang dituturkan oleh guru ketika proses pengajaran terdapat lakuan ilokusi yang tertentu yang dibina dengan matlamat dan fungsi yang tertentu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti bentuk lakuan ilokusi guru dalam pengajaran Bahasa Melayu, mengenal pasti jenis lakuan gramatis yang terdapat padanya dan menjelaskan fungsi lakuan ilokusi tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan pragmatik berpandukan pengkategorian lakuan ilokusi dan fungsi ilokusi yang dikemukakan oleh Leech (1983) dalam Prinsip Kesopanan. Kaedah tidak menonjol (unobtrusive research) dijalankan dengan menjadikan ujaran yang dituturkan oleh tiga orang guru semasa pengajaran Bahasa Melayu sebagai data kajian. Sebanyak dua puluh satu ujaran terpilih yang dituturkan mengandungi lakuan ilokusi, iaitu berbentuk penegasan, arahan, komisif dan ekspresif. Pada lakuan ilokusi tersebut terdapat pelbagai lakuan gramatis, seperti mendakwa, menyatakan, meminta, menasihati, merayu, mendesak, memerintahkan, mengesyorkan, memberi motivasi, menyuruh, memohon, berjanji, mempelawa dan memujuk. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru menggunakan lakuan-lakuan ilokusi tersebut untuk bersaing, beramah tamah dan berkolaboratif. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat ujaran yang dituturkan mempunyai dua bentuk lakuan ilokusi yang berbeza dan fungsi lakuan ilokusinya juga turut berbeza. Kajian ini penting dijadikan panduan kepada para guru supaya ujaran yang dituturkan oleh mereka dalam sesi pengajaran mengandungi lakuan ilokusi yang bersesuaian dengan kemampuan kognisi para pelajar supaya fungsi lakuan ilokusi tersebut dapat difahami dengan jelas oleh mereka.