Modern biotechnology: ethical issues, ethical principles and guidelines

Bioteknologi moden telah menimbulkan kontroversi yang hebat di seluruh dunia. Bantahan utama merupakan kemungkinan kesan buruknya kepada kesihatan manusia, alam sekitar dan status ketidakaslian teknologi DNA rekombinan. Prinsip umum etika adalah menghargai benda-benda hidup dan perlunya terdapat kes...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Latifah Amin
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/1239/1/1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/1239/
http://www.ukm.my/jmalim
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Bioteknologi moden telah menimbulkan kontroversi yang hebat di seluruh dunia. Bantahan utama merupakan kemungkinan kesan buruknya kepada kesihatan manusia, alam sekitar dan status ketidakaslian teknologi DNA rekombinan. Prinsip umum etika adalah menghargai benda-benda hidup dan perlunya terdapat keseimbangan antara faedah dan kesan buruk akibat sebarang campur tangan manusia ke atas alam kehidupan. Keputusan yang berasaskan etika perlu mengambil kira dua jenis pengadilan: fakta (berdasarkan bukti-bukti saintifik dan teori) dan etika (berdasarkan teoriteori falsafah moral yang bersesuaian). Sains cuba memahami apa yang berlaku di dunia ini terutamanya hubungan sebab-akibat yang membentuk kehidupan sementara etika berkaitan dengan apa yang patut kita buat atau sebaliknya. Prinsip-prinsip etika menyediakan garis panduan untuk menilai perlaksanaan sesuatu dasar. Penentuan mengenai apa yang sepatutnya dilaksanakan akan dibuat setelah menimbang faedah sesuatu teknologi seperti kejuruteraan genetik berbanding kemungkinan bahayanya. Walau bagaimana pun, sebarang keputusan berasaskan etika yang melibatkan modifikasi genetik telah terbukti amat mencabar kerana melibatkan begitu banyak aspek kehidupan yang merangkumi aspek individu, perubatan, alam sekitar, politik, perniagaan, haiwan, etika saintifik dan juga agama. Dalam kertas ini isu-isu bioteknologi moden, prinsip etika yang bersesuaian dan garis panduan bagaimana menangani isu-isu etika bioteknologi moden akan dibincangkan