Penambahbaikan Sumber Jabatan Kecemasan menggunakan kaedah simulasi dan analisis pengumpulan data

Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menerima kedatangan pesakit yang ramai pada setiap hari menyebabkan jabatan ini kerap berdepan dengan masalah kesesakan. Justeru, objektif kajian ini adalah mengenal pasti model pengoptimuman terbaik untuk menambahbaik sumber b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Malissa Wan Mohd Aminuddin, Wan Rosmanira Ismail, Husyairi Harunarashid
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12418/1/34%20Wan%20Malissa%20Wan%20Mohd%20Aminuddin.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12418/
http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil9_2018/KandunganJilid47Bil9_2018.htm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menerima kedatangan pesakit yang ramai pada setiap hari menyebabkan jabatan ini kerap berdepan dengan masalah kesesakan. Justeru, objektif kajian ini adalah mengenal pasti model pengoptimuman terbaik untuk menambahbaik sumber bagi meningkatkan tahap kecekapan Jabatan Kecemasan PPUKM dan menyelesaikan masalah kesesakan jabatan. Kaedah simulasi digunakan bagi membina model jabatan kecemasan dengan pemboleh ubah yang digunakan dalam pemodelan simulasi ini adalah dikhususkan berdasarkan zon atau ruang rawatan. Alternatif penambahbaikan yang dicadangkan ini mengandungi konfigurasi bilangan sumber jabatan yang baru. Enam model gabungan yang digunakan terdiri daripada Model CCR dan Set Rujukan, Model BCC dan Set Rujukan, Model CCR dan Kecekapan-Super, Model BCC dan Kecekapan-Super, Model Bi-Objektif MCDEA-CCR dan Kecekapan Silang dan Model Bi-Objektif MCDEA-BCC dan Kecekapan Silang. Model Bi-Objektif MCDEA-BCC merupakan lanjutan kepada Model Bi-Objektif MCDEA-CCR daripada kajian terdahulu. Keputusan kajian menunjukkan Model Bi-Objektif MCDEA-BCC yang dibina telah memberikan bilangan alternatif penambahbaikan cekap yang paling kecil berbanding model-model gabungan lain. Melalui model gabungan ini juga satu alternatif penambahbaikan yang optimum yang telah dicadangkan dapat mengurangkan masa menunggu pesakit di Zon Hijau sebanyak 51% manakala peratusan penggunaan tenaga kerja sumber berjaya ditambahbaik agar lebih munasabah. Alternatif ini memerlukan susun atur kembali kedudukan sumber tanpa melakukan perubahan yang besar ke atas sistem asal.