Keberkesanan penggunaan kaedah permainan bahasa dalam pembelajaran penterjemahan peribahasa

Kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan kaedah permainan bahasa dalam mengukuhkan kemahiran menterjemah peribahasa dalam kalangan pelajar semester I yang mengambil mata pelajaran penterjemahan. Responden kajian terdiri daripada pelajar dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Huda Mohd Saad, Rafidah Abd. Karim, Farahidatul Akmar, Zainab Mohd Zain
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12446/1/IMAN-2017-0503-03.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12446/
http://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-3/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan kaedah permainan bahasa dalam mengukuhkan kemahiran menterjemah peribahasa dalam kalangan pelajar semester I yang mengambil mata pelajaran penterjemahan. Responden kajian terdiri daripada pelajar dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Melaka, Malaysia. Sebanyak tiga instrumen kajian yang digunakan iaitu pemerhatian, ujian pra, dan ujian pasca. Melalui pemerhatian dan analisis dokumen yang telah dijalankan dalam bentuk lembaran kerja, pengkaji mendapati pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan baik, mendapat markah yang rendah dalam ujian yang telah dijalankan, dan kurang aktif dalam pembelajaran. Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah melaksanakan kaedah permainan bahasa melalui aktiviti permainan kad yang mengehendaki pelajar menyuaipadankan setiap peribahasa dalam bahasa sumber ke peribahasa bahasa sasaran. Peribahasa yang dipilih ialah peribahasa bahasa Inggeris yang mempunyai padanan dengan peribahasa bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan perubahan yang positif pada pelajar yang lemah. Di akhir sesi, semua pelajar dapat menterjemah peribahasa dengan baik dan betul. Pelajar juga lebih yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, pelajar turut memberikan kerjasama yang memberangsangkan serta menyeluruh pada sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelajar menunjukkan minat yang mendalam dalam pembelajaran yang berintegrasikan permainan kerana mereka dapat belajar dalam suasana yang informal dan menyeronokkan. Dengan itu, kaedah permainan bahasa merupakan inovasi dalam P&P yang berkesan dan berjaya meningkatkan minat dan motivasi pelajar.