Faktor-faktor yang mempengaruhi stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak
Pengenalan Penjagaan pesakit kanak-kanak leukemia memerlukan pemerhatian dan tumpuan yang tinggi untuk memastikan rawatan yang disarankan oleh Pakar Perubatan dapat dilaksanakan dengan baik. Perkara ini sedikit sebanyak akan menjejaskan fungsi sosial, meningkatkan stres, kebimbangan dan kemurun...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12709/1/219-1064-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/12709/ http://spaj.ukm.my/ijphr/index.php/ijphr/issue/view/23 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pengenalan
Penjagaan pesakit kanak-kanak leukemia memerlukan pemerhatian dan
tumpuan yang tinggi untuk memastikan rawatan yang disarankan oleh Pakar
Perubatan dapat dilaksanakan dengan baik. Perkara ini sedikit sebanyak akan
menjejaskan fungsi sosial, meningkatkan stres, kebimbangan dan
kemurungan dalam kalangan penjaga. Oleh itu, kajian irisan lintang ini
dijalankan untuk mengkaji prevalen serta faktor-faktor yang mempengaruhi
stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga kepada pesakit
leukemia kanak-kanak.
Metodologi
Sampel kajian adalah seramai 54 orang. Data diukur menggunakan DASS-21
versi Bahasa Malaysia yang telah divalidasi oleh kajian lepas.
Keputusan
Hasil kajian mendapati bahawa prevalen stres tahap rendah dalam kalangan
penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak adalah sebanyak 88.9%
manakala prevalen stres tahap tinggi adalah sebanyak 11.1%. Prevalen
kebimbangan tahap rendah adalah sebanyak 90.7% dan prevalen
kebimbangan tahap tinggi adalah sebanyak 9.3%. Prevalen kemurungan
tahap rendah adalah sebanyak 96.3% dan prevalen kemurungan tahap tinggi
adalah sebanyak 3.7% dalam kalangan penjaga. Terdapat beberapa faktor
yang mempengaruhi stres dan kemurungan dalam kalangan penjaga secara
signifikan (p<0.05). Faktor agama, bangsa dan jantina kanak-kanak
mempunyai hubungan dengan status stres penjaga (p<0.05). Faktor jantina
penjaga dan hubungan antara penjaga dengan ahli keluarga mempunyai
hubungan dengan status kemurungan penjaga (p<0.05).
Kesimpulan
Kesimpulannya, faktor sosiodemografi dan hubungan antara penjaga dengan
ahli keluarga sama ada erat atau tidak erat mempengaruhi stres dan
kemurungan dalam kalangan penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak
manakala faktor tahap pengetahuan tidak mempengaruhi stres, kebimbangan
dan kemurungan dalam kalangan penjaga. Strategi diperlukan untuk bantu
mengurangkan stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga
kepada pesakit leukemia kanak-kanak. |
---|