Kebolehupayaan fitoremediasi oleh Azolla pinnata dalam merawat air sisa akuakultur
Isu kekurangan sumber air bersih merupakan salah satu masalah utama pada masa kini. Bahan pencemar di dalam air merupakan antara penyumbang kepada masalah ini. Salah satu alternatif yang utama dalam penyingkiran bahan pencemar daripada air sisa adalah melalui kaedah fitoremediasi. Kajian ini bertuju...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13078/1/03%20Farah%20Diyana%20Ariffin.pdf http://journalarticle.ukm.my/13078/ http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol48num2_2019/contentsVol48num2_2019.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Isu kekurangan sumber air bersih merupakan salah satu masalah utama pada masa kini. Bahan pencemar di dalam air merupakan antara penyumbang kepada masalah ini. Salah satu alternatif yang utama dalam penyingkiran bahan pencemar daripada air sisa adalah melalui kaedah fitoremediasi. Kajian ini bertujuan mengkaji kecekapan Azolla pinnata dalam merawat air sisa menggunakan kaedah fitoremediasi. Keberkesanan A. pinnata untuk menyerap nutrien adalah bergantung kepada kualiti air sisa dan kuantiti A. pinnata yang digunakan. Seterusnya satu uji kaji untuk menentukan biojisim A. pinnata selepas rawatan fitoremediasi telah dijalankan. Dalam hasil kajian ini, ammonia dan fosfat merupakan parameter yang utama dalam menentukan keberkesanan rawatan air sisa akuakultur menggunakan kaedah fitoremediasi A. pinnata. Hasil kajian menunjukkan penurunan drastik nilai ammonia apabila air sisa dirawat menggunakan A. pinnata iaitu daripada nilai bacaan purata 7.47 ke 1.67 mg/L. Sementara itu, kepekatan fosfat juga menunjukkan penurunan ketara selepas air sisa dirawat dengan A. pinnata daripada nilai purata 5.73 kepada 1.22 mg/L. Hasil daripada rawatan air sisa akuakultur dengan menggunakan fitoremediasi A. pinnata dapat menunjukkan perubahan disebabkan oleh peningkatan biojisim dengan nilai tertinggi 147.26 gram. |
---|