Analisis tahap kepuasan pengunjung di taman rekreasi awam Sabah
Penyediaan landskap di sesebuah taman rekreasi awam merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya kepada komuniti bandar. Pengurusan landskap yang baik dan berkualiti akan mempengaruhi kunjungan dan tahap kepuasan pengunjung. Walau bagaimanapun, pengurus...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14221/1/36218-114180-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14221/ http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Penyediaan landskap di sesebuah taman rekreasi awam merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya kepada komuniti bandar. Pengurusan landskap yang baik dan berkualiti akan mempengaruhi kunjungan dan tahap kepuasan pengunjung. Walau bagaimanapun, pengurusan landskap di kebanyakan taman awam secara umumnya masih berada pada tahap yang rendah. Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan ini adalah berkenaan dengan pengurusan landskap di Taman Ujana Rimba Tropika dalam konteks penerimaan pengunjung. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu mengenal pasti profil kedatangan pengunjung, menganalisis tahap kepuasan pengunjung terhadap pengurusan landskap dan mencadangkan langkah penambahbaikan terhadap pengurusan landskap di Taman Ujana Rimba Tropika. Kaedah kajian yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual tidak rasmi dan borang soal selidik yang diedarkan kepada 210 orang responden dan pemilihan sampel dilakukan menggunakan formula Taro Yamanae. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif frekuensi, Cross-Tabulation dan Chi-Square serta analisis korelasi melalui perisian Statistical Package for Sosial Sciences. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa kunjungan ulangan pengunjung secara majoritinya adalah disebabkan oleh penyediaan landskap lembut memberi suasana yang tenang, tarikan semula jadi yang menarik, lokasi yang strategik serta untuk melakukan aktiviti senaman di mana nilai min yang diperoleh adalah tinggi. Secara keseluruhan, tahap kepuasan responden terhadap pengurusan landskap di Taman Ujana Rimba Tropika adalah pada tahap sederhana. Oleh yang demikian, sesebuah taman rekreasi awam perlu dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang dapat menjamin kepuasan pengunjung seiring dengan keperluan semasa pengunjung. |
---|