Tahap penggunaan strategi bacaan dalam aktiviti kefahaman bacaan teks Bahasa Arab

Objektif kemahiran membaca bahasa Arab adalah untuk mempertingkatkan tahap kefahaman bacaan teks dalam kalangan pelajar menerusi penerapan strategi bacaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini merupakan satu aspirasi yang praktikal untuk dilaksanakan dalam era milenium ini. Meskipun pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hazli Yah@Alias, Maimun Aqsha Lubis
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14386/1/6.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14386/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1141
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Objektif kemahiran membaca bahasa Arab adalah untuk mempertingkatkan tahap kefahaman bacaan teks dalam kalangan pelajar menerusi penerapan strategi bacaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini merupakan satu aspirasi yang praktikal untuk dilaksanakan dalam era milenium ini. Meskipun penggunaan strategi bacaan terbukti dapat mempertingkatkan tahap kefahaman bacaan teks, namun tahap penguasaan strategi bacaan dalam kalangan pelajar masih kurang memuaskan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dimensi strategi bacaan, tahap penggunaan dan hubungannya dengan kefahaman bacaan dalam kalangan pelajar ketika membaca teks Arab. Seramai 506 peserta kajian terdiri daripada pelajar sekolah menengah agama telah dipilih secara rawak berkelompok terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan ujian bertulis yang dianalisis secara deskriptif dan inferensi menerusi analisis permodelan persamaan berstruktur (SEM). Dapatan kajian mendapati tahap penggunaan strategi penyelesaian masalah adalah lebih tinggi berbanding dengan strategi global dan strategi sokongan yang masing-masing menunjukkan tahap penggunaan sederhana. Penguasaan kefahaman bacaan teks BA pula menunjukkan min keseluruhan skor markah ujian bertulis berada pada tahap rendah. Berdasarkan analisis SEM mendapati faktor strategi bacaan lebih dominan berbanding faktor lain. Implikasi dapatan kajian mencadangkan agar guru dapat merangka perancangan aktiviti kemahiran membaca dengan menitikberatkan aspek strategi bacaan dalam mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa dan aras kemahiran berfikir.