Sikap negatif guru sebagai penghalang kepada pembentukan perpaduan etnik di sekolah
Guru terutamanya di peringkat sekolah rendah mampu menjadi agen sosialisasi politik yang berpengaruh dalam memupuk kesedaran murid pada usia awal mereka tentang kepentingan perpaduan etnik, khasnya dalam konteks masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat guru yang mewu...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14983/1/27648-100771-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14983/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Guru terutamanya di peringkat sekolah rendah mampu menjadi agen sosialisasi politik yang berpengaruh
dalam memupuk kesedaran murid pada usia awal mereka tentang kepentingan perpaduan etnik, khasnya dalam
konteks masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat guru yang mewujudkan
provokasi perkauman serta melakukan pengasingan murid mengikut etnik, latar belakang ekonomi dan
agama agar muridnya dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan, dan sebahagiannya juga
mengabaikan peranan mereka sebagai agen sosialisasi politik dan membentuk perpaduan etnik kepada
murid. Artikel ini membincangkan faktor halangan yang menjejaskan proses pemupukan nilai perpaduan
dalam kalangan murid. Perbincangan dalam artikel ini merupakan sebahagian daripada kajian PhD yang
memfokuskan kepada peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam membentuk perpaduan etnik di
sekolah. Data kajian dikumpulkan melalui perbincangan kumpulan berfokus yang melibatkan 16 orang
guru Melayu, Cina dan India daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
dan Tamil (SJKT) di daerah Petaling, Selangor. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga faktor yang
berkaitan dengan sikap guru yang menjadi halangan kepada sekolah dalam proses pembentukan perpaduan
etnik di sekolah. Pertama, sikap negatif guru; kedua, guru kurang keyakinan dalam membincangkan isu
perpaduan; dan ketiga, guru tidak mementingkan bahasa Melayu. Ketiga-tiga faktor ini berupaya mewujudkan
jurang etnik sesama guru dan antara guru dengan murid di sekolah. Justeru, pihak sekolah perlu memberi
perhatian terhadap isu ini dan memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang kepentingan
perpaduan etnik di sekolah. |
---|