Pembangunan model pengajaran gamelan Melayu peringkat sekolah menengah rendah di Malaysia
Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah model pengajaran ensembel gamelan Melayu peringkat sekolah menengah rendah di Malaysia. Keperluan penyelidikan ini untuk memenuhi dan menyelesai mengenai kekurangan model pengajaran ensembel gamelan Melayu di peringkat sekolah menengah rendah di Malaysia....
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14986/1/25789-100774-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14986/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah model pengajaran ensembel gamelan Melayu peringkat sekolah
menengah rendah di Malaysia. Keperluan penyelidikan ini untuk memenuhi dan menyelesai mengenai
kekurangan model pengajaran ensembel gamelan Melayu di peringkat sekolah menengah rendah di Malaysia.
Objektif pertama untuk mengenal pasti model yang digunapakai oleh pengajar ensembel gamelan Melayu
masa kini, objektif kedua untuk menilai proses pengajaran ensembel gamelan Melayu pada masa kini dan
akhirnya, objektif ketiga untuk membangunkan satu model pengajaran ensembel gamelan Melayu yang sesuai
digunapakai pada semua peringkat pendidikan menengah rendah di Malaysia. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif yang terdiri daripada kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Data yang diperolehi
daripada kajian perpustakaan dan kajian lapangan perlu menjalani proses saringan untuk memperolehi
data yang diperlukan sahaja. Penyaringan ini menggunakan teknik interprestasi, teknik kandungan dan
bacaan rapi. Hasil kajiandapat menjelaskan keperluan model pengajaran ensembel gamelan Melayu
amat diperlukan kerana ketidakseragaman dan tidak khusus. Hasil perbincangan dengan memberikan
kesimpulan bahawa model pengajaran ensembel gamelan Melayu dapat diselaraskan dan diseragamkam
dengan mengikut model tersebut. Justeru, ensembel gamelan Melayu dapat dimainkan secara seragam di
peringkat sekolah menengah rendah di seluruhMalaysia, setara dengan muzik moden yang lain. Kajian ini
juga dapat memartabatkan muzik gamelan Melayu sebagai warisan kebudayaan Melayu tidak ketara yang
perlu dipelihara oleh generasi kini |
---|