Kebitaraan peribahasa Melayu dalam komunikasi
Artikel ini membicarakan peribahasa Melayu dengan tumpuan khusus ke atas peribahasa tipu daya dan pura-pura dari segi binaannya bagi melihat kebijaksanaan orang Melayu dalam menciptanya. Kelakuan jahat melalui kepura-puraan ini hadir berselindung di sebalik rupa paras dan lemah lembut berbicara b...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14998/1/31303-100743-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14998/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Artikel ini membicarakan peribahasa Melayu dengan tumpuan khusus ke atas peribahasa tipu daya dan
pura-pura dari segi binaannya bagi melihat kebijaksanaan orang Melayu dalam menciptanya. Kelakuan
jahat melalui kepura-puraan ini hadir berselindung di sebalik rupa paras dan lemah lembut berbicara
bagi memperdaya mangsa untuk kepentingan diri. Data peribahasa ini dikutip daripada Kitab Kiliran Budi
susunan Munsyi Sulaiman yang pertama kalinya diterbitkan pada tahun 1906. Dari segi binaan, motif rupa
fizikal sesuatu benda yang cantik menjadi kiasan perbandingan kepada kepura-puraan. Madu dan tebu
yang manis dipertentangkan dengan hempedu yang pahit serta potongan pepat-rencong yang berlawanan
sifatnya digunakan pula sebagai kiasan perbandingan bagi orang yang berpura-pura menerusi lemah lembut
berbahasa. Paduan antara kesesuaian motif dan perilaku yang diungkap itu menyerlah perbezaan antara
yang tersurat dan tersirat pada diri yang orang berpura-pura. Jumlah peribahasa ini yang besar dalam
perbendaharaan warisan memberikan peringatan tentang betapa jahatnya sikap ini yang boleh membawa
kemudaratan masyarakat. Dalam komunikasi, orang yang mahir berperibahasa akan dapat memanfaatkan
pengetahuannya dalam menyedarkan masyarakat supaya berhati-hati ke atas orang yang bersifat demikian. |
---|