Khasiat herba dalam Kitab Tib Melayu

Manuskrip ilmu perubatan tradisional Melayu merupakan sumber peribumi yang penting untuk mengungkapkan ketinggian pengetahuan orang Melayu tentang pelbagai jenis bidang ilmu. Masyarakat Melayu mempunyai amalan-amalan tradisi berkaitan dengan perubatan dan kesihatan. Pengetahuan dan pengalaman men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Fatimah Abd Aziz, Yusmilayati Yunos
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14999/1/31304-100742-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14999/
http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Manuskrip ilmu perubatan tradisional Melayu merupakan sumber peribumi yang penting untuk mengungkapkan ketinggian pengetahuan orang Melayu tentang pelbagai jenis bidang ilmu. Masyarakat Melayu mempunyai amalan-amalan tradisi berkaitan dengan perubatan dan kesihatan. Pengetahuan dan pengalaman mengenainya telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain, sama ada melalui tulisan ataupun lisan. Pada dasarnya tumbuh-tumbuhan herba menjadi sumber utama dalam sistem perubatan tradisional kerana berpotensi dijadikan ubat untuk menyembuhkan penyakit tertentu. Oleh itu, antara tujuan penulisan ini adalah untuk mengenal pasti jenis herba yang dinyatakan dalam Kitab Tib MS 174 yang mencerminkan kearifan masyarakat Melayu. Seterusnya menjelaskan khasiat dan beberapa kaedah penggunaan herba dalam merawat penyakit yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Penulisan ini menggunakan kaedah filologi yang melibatkan proses transliterasi teks daripada tulisan Jawi ke tulisan rumi. Seterusnya analisis kandungan teks dilakukan bagi melihat beberapa jenis herba, khasiat dan kaedah rawatan penyakit. Dapatan penulisan ini menunjukkan antara herba yang digunakan untuk merawat penyakit termasuklah akar jarak, akar teratai, daun sambung nyawa, bawang putih dan lada hitam. Herba-herba ini digunakan untuk merawat sakit kepala, sakit mata, sakit gigi, sakit mulut, mulut busuk, kencing tidak lawas, sakit bisa dan racun, miang dan demam. Kitab Tib MS 174 dapat memberi sumbangan ilmu pengetahuan kepada bidang Tib Melayu. Selain itu, penulisan ini juga dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang keistimewaan dan khasiat herba yang menjadi bahan rawatan untuk pelbagai jenis penyakit.