Elemen kepercayaan sebagai teras sumbangan melalui pendanaan awam bertujuan kebajikan
Pendanaan awam bertujuan kebajikan (charitable crowdfunding) adalah suatu mekanisma bantuan kewangan yang bertujuan membantu pihak yang memerlukan dana dan yang mengusahakan projek (crowdfunder) mendapatkan dana dari orang ramai bagi membiayai projek kebajiakn. Berdasarkan jumlah dana yang disumbang...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15288/1/39301-125543-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15288/ http://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1266 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pendanaan awam bertujuan kebajikan (charitable crowdfunding) adalah suatu mekanisma bantuan kewangan yang bertujuan membantu pihak yang memerlukan dana dan yang mengusahakan projek (crowdfunder) mendapatkan dana dari orang ramai bagi membiayai projek kebajiakn. Berdasarkan jumlah dana yang disumbangkan orang ramai kepada projek kebajikan, secara tidak langsung menunjukkan bahawa terdapat elemen kepercayaan untuk menyerahkan wang untuk tujuan kebajikan melalui mekanisma ini sedangkan pihak yang terlibat saling tidak mengenali antara satu sama lain, dan hanya ditemukan melalui satu platform atas talian dan melalui jaringan media sosial. Menyedari hakikat ini, kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong orang ramai untuk menyumbang dana melalui pendanaan awam bertujuan kebajikan dan kaitannya dengan elemen kepercayaan. Kajian ini adalah kajian deskriptif menggunakan kaedah sorotan karya bersistematik bersifat kualitatif. Sumber utama kajian ini adalah melalui sorotan karya terdahulu yang diperoleh daripada pangkalan data atas talian Scopus dan Web of Science (WoS) yang dianalisis berdasarkan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Dapatan kajian menunjukkan faktor orang ramai menyumbang melalui pendanaan awam bertujuan kebajikan sehingga melahirkan kepercayaan ialah; filantropi dan motivasi, kempen, laman sesawang, kredibiliti crowdfunder dan kemudahan transaksi. Dapatan ini boleh diguna pakai oleh crowdfunder sama ada di peringkat individu atau organisasi yang menghadapi masalah kekurangan dana sebagai panduan ke arah penambahbaikan terhadap kempen-kempen mereka supaya kempen yang dilaksanakan lebih menarik kepercayaan orang ramai untuk menyumbangkan dana. |
---|