Indah lagi mengasyikkan: gaya bahasa pertautan Usman Awang dalam puisinya

Kajian ini membicarakan kepenyairan Usman Awang, Sasterawan Negara yang ketiga. Pembicaraan ini berkisar terhadap keindahan gaya bahasa pertautan dalam puisi yang disampai dengan begitu berkesan sekali sehingga berjaya menjadikannya sebagai seorang tokoh penyair besar dalam dunia kepenyairan tanah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muharam Awang, Shaiful Bahri Md. Radzi
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15429/1/jatma-2020-0803-04.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15429/
http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-3/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini membicarakan kepenyairan Usman Awang, Sasterawan Negara yang ketiga. Pembicaraan ini berkisar terhadap keindahan gaya bahasa pertautan dalam puisi yang disampai dengan begitu berkesan sekali sehingga berjaya menjadikannya sebagai seorang tokoh penyair besar dalam dunia kepenyairan tanah air. Data kajian ini melibatkan cabutan sajak-sajak ciptaan Usman Awang yang antara lain termasuk Gelombang (1960); Duri dan Api (1967); Kaki Langit (1971); Salam Benua (1987) dan Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang (1987). Bagi menganalisis keindahan puisi Usman Awang maka Model Gaya Bahasa Hendry Guntur Tarigan khususnya gaya Bahasa pertautan diaplikasikan bagi mengenal pasti gaya bahasa ini digunakannya dalam puisi. Keindahan puisi ini terbukti kerana kebijaksanaannya dalam menjalin penggunaan gaya bahasa pertautan seperti metonimia, sinekdoke, alusi, eufemisme, epitet, antonomasia, paralelisme, dan asidenton dalam ciptaan puisi sehingga menjadikannya sebegitu indah sehingga menyentuh kalbu. Kekuatan ini membolehkan Usman Awang menyampaikan tema kemanusiaan secara berkesan ketika merakamkan peristiwa sejarah penting tanah air serta yang menyentuh isu-isu antarabangsa dan sejagat.