Pendekatan koperasi dalam membangunkan inap desa: penerimaan komuniti inap desa

Inap desa merupakan salah satu pendekatan yang sering digunakan dalam membangunkan pelancongan desa. Dalam membangunkan inap desa ini, ramai sarjana mengetengahkan pendekatan pelancongan berasaskan komuniti adalah satu cara yang berkesan dan membawa kejayaan kepada pengusaha mahupun kepada komuniti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Habibah Ahmad, Mohd Sufian Mohd Saifuddin, Hamzah Jusoh, Er Ah Choy, Mohd Fuad Mat Jali
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15505/1/38569-125944-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15505/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Inap desa merupakan salah satu pendekatan yang sering digunakan dalam membangunkan pelancongan desa. Dalam membangunkan inap desa ini, ramai sarjana mengetengahkan pendekatan pelancongan berasaskan komuniti adalah satu cara yang berkesan dan membawa kejayaan kepada pengusaha mahupun kepada komuniti inap desa. Sebaliknya ada sarjana yang mengemukakan pendekatan koperasi dalam membangunkan inap desa. Malahan, sebahagian daripada inap desa yang berjaya meraih kejayaan mencapai Asean Homestay Standard adalah inap desa yang mengendalikannya secara koperasi. Namun, bagaimana pendekatan ini dilaksanakan dalam membangun program inap desa amat terhad penulisannya. Makalah ini bertujuan untuk mengetengahkan bagaimana komuniti menerima koperasi dalam membangunkan program inap desa. Kajian ini adalah berasaskan sebuah survei yang melibatkan sejumlah 122 ahli koperasi di tiga inap desa yang telah memenangi anugerah Asean Homestay Standard di Negeri Sembilan iaitu Homestay Pachitan, Homestay Lonek dan Homestay Rawa. Dapatan kajian mengemukakan pendekatan yang memberikan kelebihan kepada kerjasama padu di antara ahli koperasi dengan komuniti dalam menjayakan inap desa. Para ahli koperasi dan komuniti menerima pendekatan koperasi dengan baik kerana pengurusannya ini bersifat dua hala, berpenglibatan dan menambah entiti inap desa sebagai satu perniagaan. Para ahli dan komuniti terlibat bukan sahaja di peringkat perancangan, pembangunan dan pelaksanaannya, tetapi juga menilai prestasi mereka secara bersama. Penekanan kepada bidang govenans, perniagaan, promosi dan penilaian serta pembangunan modal insan memberikan kelainan kepada ahli dan komuniti inap desa. Pendekatan koperasi ini bukan sahaja menggalas harapan ahli dan komuniti, tetapi berjaya memperkasakan mereka dan membuktikan inap desa merupakan sebuah model pembangunan pelancongan berasaskan komuniti yang berjaya.