Faktor pemilihan pekerjaan tidak formal dalam kalangan generasi muda
Kajian ini dijalankan untuk melihat kepada faktor pemilihan kerjaya golongan generasi muda dalam sektor tidak formal. Perkembangan bandar Gemas, Negeri Sembilan telah mewujudkan peluang ekonomi terutama dalam sektor tidak formal kepada penduduk di kawasan sekitarnya. Majoritinya, golongan generasi...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15506/1/38565-125945-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15506/ http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk melihat kepada faktor pemilihan kerjaya golongan generasi muda dalam sektor tidak formal. Perkembangan bandar Gemas, Negeri Sembilan telah mewujudkan peluang ekonomi terutama dalam sektor tidak formal kepada penduduk di kawasan sekitarnya. Majoritinya, golongan generasi muda telah melihat perkembangan ekonomi melalui sudut yang positif sehingga menyebabkan mereka tidak perlu lagi untuk bermigrasi ke luar untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Walaubagaimanapun, purata pendapatan dalam sektor ini adalah kecil dan tidak menentu kerana bergantung kepada jumlah pelanggan yang diperolehi sehingga dikatakan golongan generasi muda tidak mampu meningkatkan taraf ekonomi mereka. Justeru, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis atau profil aktiviti pekerjaan yang diceburi. Di samping itu, menganalisis jumlah pendapatan dan perbelanjaan serta beberapa cadangan diperlukan bagi meningkat kesedaran generasi muda terhadap pendidikan. Instrumen kajian yang telah digunakan adalah dengan mengedarkan borang soal selidik kepada generasi muda yang terlibat secara langsung dalam pekerjaan tidak formal dan temu bual tidak langsung bersama responden bagi mendapatkan maklumat tambahan. Seramai 150 orang responden dipilih berdasarkan kaedah Krejcie dan Morgan. Mengikut hasil kajian yang dianalisis menggunakan Statiscal Package For Science Social (SPSS) mendapati pendapatan yang diperolehi juga mencukupi dan sesuai dengan perbelanjaan yang dilakukan. Di samping itu, antara inisiatif yang diwujudkan oleh kerajaan ialah seperti PTPTN, TVET, MARA dan JPA untuk menggalakkan generasi muda mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi. Maka, pembangunan golongan generasi muda haruslah sentiasa dipertingkatkan bagi menjamin kemajuan masyarakat dan negara. |
---|