Pembangunan android dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran Geografi: kajian kes GeoSudut

Pengajaran dan pembelajaran pada zaman kini telah menjadikan penggunaan alat bantu mengajar yang lebih moden digunakan bagi menjadikan ia lebih disenangi dan diterima oleh generasi Z. Antara yang menjadi keperluan adalah telefon pintar dengan kebanyakan daripadanya menggunakan sistem operasi android...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nasir Nayan, Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Yazid Saleh, Kurniawan, Edi, Arif, Nursida
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15521/1/36022-120419-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15521/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1245
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pengajaran dan pembelajaran pada zaman kini telah menjadikan penggunaan alat bantu mengajar yang lebih moden digunakan bagi menjadikan ia lebih disenangi dan diterima oleh generasi Z. Antara yang menjadi keperluan adalah telefon pintar dengan kebanyakan daripadanya menggunakan sistem operasi android. Artikel ini menerangkan proses pembinaan aplikasi android GeoSudut guru-pensyarah untuk subjek geografi di sekolah dan di peringkat sarjana muda di universiti. Artikel ini cuba untuk meneliti bagaimana satu aplikasi berasaskan android dapat dibangunkan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran kursus geografi dengan memberi fokus kepada pengiraan sudut bearing. Metodologi pendekatan penerokaan dipilih dalam menjelaskan proses membina aplikasi android GeoSudut. Tiga peringkat dilalui dalam kajian ini iaitu (i) analisis dokumenkeperluan membina aplikasi android, (ii) membangunkan perisian berasaskan waterfall model dan (iii) pengujian aplikasi android GeoSudut. Walau bagaimanapun untuk artikel ini peringkat ketiga tidak akan di ambil kira. Fokus pada aspek membangunkan perisian adalah pengiraan sudut yang sepenuhnya menggunakan android studio yang mengintegrasikan penggunaan kamera hadapan dan pengiraan secara on the fly yang melibatkan penggunaan bahasa pengaturcaraan bagi android. Dapatan kajian menunjukkan aplikasi android GeoSudut boleh digunakan untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, pembangunan aplikasi berasaskan kepada telefon pintar perlu diperbanyakan lagi dan aplikasi GeoSudut ini boleh dikembangkan lagi dengan memasukkan aplikasi berkaitan pengajaran geografi bagi menangani generasi Z yang lebih suka kepada teknologi. Implikasinya adalah banyak lagi penyelidikan untuk membangunkan aplikasi-aplikasi yang berteraskan android perlu dilakukan untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih aktif bagi generasi Z.