Imbuhan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam: analisis teori relevans
Imbuhan awalan meN- ialah imbuhan yang paling produktif dalam nahu Melayu. Penahu Melayu Za’ba, Arbak, Asmah dan Nik Safiah et al. telah membincangkan imbuhan ini dengan mendalam. Mereka lebih menumpukan pada padanan bentuk atau alomorf meN- dan fungsinya dalam sesuatu ayat. Sebaliknya, kajian in...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15726/1/36602-135015-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15726/ http://ejournals.ukm.my/gema/issue/view/1304 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Imbuhan awalan meN- ialah imbuhan yang paling produktif dalam nahu Melayu. Penahu
Melayu Za’ba, Arbak, Asmah dan Nik Safiah et al. telah membincangkan imbuhan ini dengan
mendalam. Mereka lebih menumpukan pada padanan bentuk atau alomorf meN- dan fungsinya
dalam sesuatu ayat. Sebaliknya, kajian ini menekankan sifat kerencaman makna imbuhan
awalan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam busut, langit, gunung, laut, batu, dan bukit.
Pertindihan makna yang ketara boleh dilihat dalam imbuhan ini untuk kes ‘menjadi seperti’,
‘seperti/berkeadaan’ dan ‘berlaku seperti/menyerupai sesuatu’. Hal ini disebabkan oleh
penggunaan istilah yang pelbagai untuk konsep dan aspek yang sama. Sehubungan dengan itu,
kajian ini bertujuan merungkai masalah pertindihan makna imbuhan awalan meN- dengan kata
nama konkrit unsur alam yang rencam sifatnya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Data
kajian ini diperoleh daripada Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini
mengenal pasti setiap imbuhan awalan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam yang
rencam maknanya. Data kajian dianalisis satu persatu menggunakan teori Relevans,
bersandarkan konsep rangka rujuk silang (bridging cross reference) dan ad hoc. Jelas, dapatan
kajian telah menghasilkan pengkategorian makna imbuhan awalan meN- dengan kata nama
konkrit unsur alam yang baharu daripada rencam menjadi satu. Imbuhan awalan meN- dengan
kata nama konkrit unsur alam telah menghasilkan makna metafora bagi ‘perbandingan eksplisit
seperti’. Pada masa yang sama, kajian ini memberikan suatu alternatif bagaimana imbuhan
awalan meN- dijelaskan secara kognitif dengan elegan. |
---|