Isu pendidikan guru tahfiz: pengetahuan pedagogi dan amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di pusat tahfiz persendirian di Selangor

Masyarakat melihat sekolah aliran agama merupakan institusi penting bagi melahirkan pelajar yang berakhlak dan berkeperibadian Islam yang baik. Justeru, pengajian tahfiz menjadi salah satu platfom untuk masyarakat menterjemahkan kesedaran tersebut. Peredaran masa telah menjadikan permintaan pengaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Rashidah Abd Razak
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15877/1/40734-130088-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15877/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1278
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Masyarakat melihat sekolah aliran agama merupakan institusi penting bagi melahirkan pelajar yang berakhlak dan berkeperibadian Islam yang baik. Justeru, pengajian tahfiz menjadi salah satu platfom untuk masyarakat menterjemahkan kesedaran tersebut. Peredaran masa telah menjadikan permintaan pengajian aliran tahfiz mendapat tempat selain sistem pendidikan arus perdana. Atas permintaan yang meningkat, institusi tahfiz yang dipelopori oleh kerajaan tidak berupaya menampung jumlah permintaan daripada masyarakat. Kesannya ia telah membuka ruang bagi institusi tahfiz swasta untuk turut serta membantu kerajaan dalam memenuhi permintaan yang banyak. Dengan demikian, adanya gandingan dari pihak kerajaan dan swasta prospek bagi perkembangan bidang pengajian tahfiz ini sangat luas. Lambakan institusi tahfiz terutama institusi tahfiz swasta turut memberi kesan dan akibat dari ketidakselarasan dalam pentadbiran, kurikulum, isu pendidikan guru, penarafan sijil dan sebagainya. Tinjauan di sebuah pusat tahfiz milik persendirian terhadap beberapa isu pendidikan guru tahfiz khususnya pengetahuan dalam pedagogi dan amalannya dalam proses pengajaran di pusat tahfiz kelolaan mereka. Penulisan ini secara umumnya merupakan gabungan kualitatif di mana ia digolongkan kepada penyelidikan kepustakaan (library research) dan kajian lapangan (field research), kerana sumber datanya diperolehi dari sumber perpustakaan dan lapangan melalui pemerhatian dan temuramah responden. Obejktif kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti pengetahuan pedagogi guru tahfiz dan amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di pusat tahfiz persendirian yang tersebut. Penulisan ini akan menjelaskan isuisu berkaitan pengetahuan pedagogi guru dan amalannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di pusat tahfiz tersebut yang perlu diberi perhatian untuk penambahbaikan sejajar dengan hasrat pengurusan yang ingin menjadikan pusat tahfiz mereka mampu seiring dengan pusat tahfiz arus perdana. Walaupun data dan maklumat terhad kepada pusat tahfiz ini sahaja tetapi pihak pengusaha pusat tahfiz persendirian yang lain perlu melihat isi penulisan secara positif ke arah memartabatkan pendidikan tahfiz dalam menghadapi cabaran PAK21(Pembelajaran Abad ke-21).