Hubungan antara ketagihan pornografi dan jenis trait personaliti dalam kalangan remaja
Isu ketagihan pornografi dilihat sebagai isu yang semakin berleluasa dalam negara kita dan banyak menimbulkan masalah sosial dalam kalangan remaja. Kajian ini dijalankan dengan objektif untuk mengkaji tentang hubungan antara ketagihan pornografi dalam kalangan remaja dan jenis trait personalit...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16621/1/277-Article%20Text-397-1-10-20200427.pdf http://journalarticle.ukm.my/16621/ http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/14 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Isu ketagihan pornografi dilihat sebagai isu yang semakin berleluasa dalam negara kita dan
banyak menimbulkan masalah sosial dalam kalangan remaja. Kajian ini dijalankan dengan
objektif untuk mengkaji tentang hubungan antara ketagihan pornografi dalam kalangan
remaja dan jenis trait personaliti mereka berdasarkan jantina dan tingkatan. Kajian ini
dijalankan ke atas seramai 278 pelajar Sekolah Tinggi Bukit Mertajam yang berumur di
antara 13 – 19 tahun. Kajian ini menggunakan kaedah persempelan rawak iaitu teknik rawak
mudah yang melibatkan sebanyak 142 pelajar perempuan dan 136 pelajar lelaki. Instrumen
kajian, iaitu alat ujian yang digunakan dalam kajian ini ialah alat soal selidik Cyber
Pornography Addiction Test (CYPAT) dan Pornography Addiction Screening Tool digunakan
(PAST) digunakan secara meluas untuk mengukur tahap ketagihan pornografi dalam
kalangan remaja. Alat ujian Big 5 Personality juga digunakan bagi mengukur tahap
perubahan personaliti dalam diri remaja. Instrumen kajian ini menggunakan skala lima
likert. Soal-selidik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu maklumat diri responden, soal
mengenai ketagihan pornografi dan personaliti. Data dianalisis menggunakan Min, Korelasi
Pearson, ujian–T, ANOVA Sehala dan Regresi. Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa
kajian ini amat penting bagi mengetahui masalah sosial iaitu ketagihan pornografi dalam
kalangan remaja yang semakin berleluasa dan langkah pencegahan dapat diambil bagi
membendung masalah tersebut. |
---|