Pelacuran dan isu bersekedudukan dalam kalangan wanita Melayu di Johor, 1930-an-1950-an
Artikel ini bertujuan meneliti gejala sosial khususnya pelacuran dan isu bersekedudukan dalam kalangan wanita Melayu di Johor antara tahun 1930-an hingga 1950-an. Kedua-dua gejala sosial ini telah dikesan berlaku sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi namun menjadi semakin ketara selepas tama...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16861/1/41434-132485-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16861/ https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1286 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Artikel ini bertujuan meneliti gejala sosial khususnya pelacuran
dan isu bersekedudukan dalam kalangan wanita Melayu di Johor
antara tahun 1930-an hingga 1950-an. Kedua-dua gejala sosial
ini telah dikesan berlaku sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi
namun menjadi semakin ketara selepas tamatnya perang sehingga
mendorong kerajaan Johor melancarkan satu gerakan pembanterasan
secara besar-besaran yang melibatkan pelbagai jabatan kerajaan
di negeri itu. Perceraian seringkali dilihat sebagai punca wanita
Melayu terjerumus ke dalam kancah pelacuran dan bersekedudukan.
Walau bagaimanapun penelitian ke atas dokumen-dokumen rasmi
Pejabat Agama, Pejabat Kadi Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan,
dan Pejabat Daerah mendapati permasalahan moral yang melanda
wanita Melayu di negeri itu bukan sahaja berkait dengan perceraian
atau kesukaran hidup akibat perang malah juga turut disumbangkan
oleh faktor-faktor lain. Usaha pemodenan Johor sejak 1860-an yang
turut menyaksikan pertumbuhan ekonomi dan perbandaran, misalnya,
telah menyebabkan muncul pelbagai kegiatan hiburan, pusat hiburan
dan kedai makan di bandar-bandar utama di Johor. Hal ini membuka
kepada pelbagai peluang pekerjaan kepada wanita Melayu termasuk
pekerjaan yang tidak bermoral seperti pelacuran, dan kerapkali
membawa kepada bersekedudukan. Hasil kajian juga mendapati
bahawa usaha pembanterasan gejala sosial dalam kalangan wanita
Melayu ini bukan sahaja melibatkan badan kerajaan malah juga
orang awam termasuk yang digerakkan oleh kaum wanita sendiri. |
---|