Peranan guru pengajian turath dalam pembentukan sahsiah pelajar di pondok
Institusi pondok mempunyai reputasi baik dari segi melahirkan para pelajar yang mampu menyumbang kepada masyarakat, sama ada dari segi ilmu agama mahupun khidmat kemasyarakatan. Di samping itu, sistem pengajian turath yang digunakan di pondok juga memberi impak positif bagi menangani masalah s...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16963/1/443-Article%20Text-1563-1-10-20210629.pdf http://journalarticle.ukm.my/16963/ http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/28 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Institusi pondok mempunyai reputasi baik dari segi melahirkan para pelajar yang
mampu menyumbang kepada masyarakat, sama ada dari segi ilmu agama mahupun
khidmat kemasyarakatan. Di samping itu, sistem pengajian turath yang digunakan
di pondok juga memberi impak positif bagi menangani masalah sosial pelajar.
Antara faktor keberkesanan pengajian turath ialah melalui peranan guru-guru.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka peranan guru pengajian turath di
pondok dalam pembentukan sahsiah pelajar. Metode kajian yang digunakan ialah
kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Temubual secara separa berstruktur telah
dijalankan terhadap lima orang guru daripada empat buah pondok. Pemilihan lokasi
kajian berdasarkan ciri sekolah yang menawarkan pengajian turath serta
mempunyai pelajar yang berusia antara 13 hingga 25 tahun. Data dianalisis secara
tematik berdasarkan peranan guru dalam pembentukan sahsiah pelajar pengajian
turath. Hasil kajian mendapati guru memainkan peranan sebagai suri teladan
kepada pelajar, mempunyai hubungan yang baik dengan mereka, mengutamakan
adab di samping menyuburkan rasa cinta ilmu dalam diri pelajar. Peranan ini perlu
dijalankan dengan seikhlas hati supaya para pelajar benar-benar dapat mencontohi
akhlak para ulama dan mengaplikasikannya sepanjang masa. |
---|