Identiti koperasi pekebun kecil sawit di Malaysia: satu deskripsi awal

Koperasi adalah entiti yang ditubuhkan bagi mencapai matlamat ahli yang homogenous sifatnya. Secara umumnya, koperasi bertujuan menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Namun selari dengan perkembangan semasa entiti koperasi turut berhadapan suasana baharu yang berpotensi memberi kesan kepada identitin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suraiya Ishak, Ahmad Raflis Che Omar, Sarmila Md Sum, Abdullah Sanusi Othman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17033/1/38040-143337-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17033/
https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Koperasi adalah entiti yang ditubuhkan bagi mencapai matlamat ahli yang homogenous sifatnya. Secara umumnya, koperasi bertujuan menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Namun selari dengan perkembangan semasa entiti koperasi turut berhadapan suasana baharu yang berpotensi memberi kesan kepada identitinya. Selain daripada itu, faktor kontekstual juga berpotensi mewujudkan pola tertentu dalam pengoperasian konsep koperasi. Makalah ini bertujuan mendeskripsi ciri-ciri identiti koperasi pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan teknik temubual dengan enam buah koperasi di negeri Selangor, Perak dan Johor. Data temubual telah dianalisa dengan kaedah tematik bagi mengenalpasti ciri-ciri identiti koperasi. Penemuan kajian menunjukkan koperasi pekebun kecil kelapa sawit dianggotai oleh pekebun atau peneroka dan generasi kedua dari kalangan mereka. Koperasi mempunyai struktur Ahli Lembaga Koperasi yang dipilih daripada ahli-ahli koperasi dan memiliki autonomi dalam membuat keputusan tanpa campur tangan pihak luar. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah cenderung ke arah portfolio perniagaan yang “selamat” dan “rendah risiko”. Walau bagaimanapun, koperasi pekebun kecil sawit terlibat menunjukkan pola pengembangan portfolio perniagaan yang tidak lagi tertumpu kepada pelaburan atau aktiviti-aktiviti pasif. Koperasi pekebun kecil kelapa sawit cenderung untuk terlibat dalam aktiviti penjanaan hasil yang lebih berdaya maju. Namun begitu secara keseluruhan, orientasi keusahawanan koperasi menunjukkan trend yang konsisten dengan corak penawaran perkhidmatan yang masih bersifat konservatif dan berhati-hati.