Penguasaan kecekapan budaya dalam terjemahan Arab–Melayu
Dalam sesuatu aktiviti terjemahan, penterjemah berperanan sebagai perantara antara dua masyarakat yang berbeza bahasa dan budaya. Namun begitu, komunikasi yang baik antara dua masyarakat yang berbeza bahasa akan terganggu jika budaya dalam sesuatu unit bahasa itu tidak difahami oleh penterjema...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17258/1/42151-156861-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17258/ https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1397 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Dalam sesuatu aktiviti terjemahan, penterjemah berperanan sebagai perantara antara dua
masyarakat yang berbeza bahasa dan budaya. Namun begitu, komunikasi yang baik antara dua
masyarakat yang berbeza bahasa akan terganggu jika budaya dalam sesuatu unit bahasa itu
tidak difahami oleh penterjemah semasa melakukan aktiviti penterjemahan. Hal ini demikian
kerana budaya umpama cerminan bagi sesuatu bahasa. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi
mengenal pastiperbezaan bentuk dan tahap ketepatan hasil terjemahan berdasarkan kecekapan
budaya oleh pelajar jurusan bahasa Arab di dua buah institut perguruan, selain untuk mengenal
pasti faktor yang mempengaruhi tahap kecekapan budaya mereka. Kajian ini berbentuk
kualitatif deskriptif yang menggunakan dua jenis instrumen, iaitu instrumen soalan ujian
berkaitan kecekapan terjemahan yang dijalankan terhadap 90 orang sampel pelajar dan
instrumen temu bual yang dijalankan terhadap seorang peserta pensyarah dan 12 orang peserta
pelajar. Instrumen temu bual dijalankan bagi mengetahui faktor yang mungkin mempengaruhi
tahap penguasaan kecekapan budaya dalam kalangan pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa
tahap penguasaan kecekapan budaya pelajar jurusan bahasa Arab di dua buah institusi
perguruan tersebut adalah pada aras sederhana rendah, iaitu dengan nilai min markah sebanyak
53.44%. Hasil tinjauan temu bual pula mendedahkan bahawa pelajar kurang diberi penekanan
aplikasi dan praktikal tentang elemen budaya dalam terjemahan. Kajian ini diharap dapat
memberi input baharu yang perlu diberi perhatian oleh para pelajar bagi menghasilkan
terjemahan yang lebih baik antara dua bahasa yang bersilang budaya, di samping dapat
memberi idea kepada pihak yang berautoriti untuk mengambil langkah yang lebih proaktif
dalam meningkatkan tahap penguasaan kecekapan budaya dalam kalangan pelajar, seperti
memasukkan elemen budaya dalam silibus kursus terjemahan. |
---|