Impak perusahaan sosial terhadap pembangunan komuniti rentan dan alam sekitar di Malaysia
Perusahaan sosial adalah merupakan satu model menyelesaikan pelbagai masalah menerusi elemen perusahaannya yang banyak diaplikasikan oleh seluruh dunia bagi membangunkan kesejahteraan komuniti sejagat. Keadaan ini juga menjadikan perusahaan sosial ini dapat menyumbang kepada sesebuah komuniti meneru...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17631/1/43376-156772-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17631/ https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Perusahaan sosial adalah merupakan satu model menyelesaikan pelbagai masalah menerusi elemen perusahaannya yang banyak diaplikasikan oleh seluruh dunia bagi membangunkan kesejahteraan komuniti sejagat. Keadaan ini juga menjadikan perusahaan sosial ini dapat menyumbang kepada sesebuah komuniti menerusi matlamat yang dibangunkan dalam perusahaan sosial tersebut. Namun begitu, sejauh manakah perusahaan sosial dapat menyumbang kepada sesebuah komuniti seperti membendung ketidaksamaan sosial adalah perlu dikaji. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti impak perusahaan sosial terhadap komuniti di Malaysia. Kajian ini merupakan suatu kajian awalan dan menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah temu bual bersemuka. Temu bual bersemuka dijalankan bersama tiga informan pemilik perusahaan sosial. Naratif temu bual dianalisis menggunakan kaedah tematik dengan bantuan perisian Atlas.ti. Hasil kajian telah mengenal pasti 31 tema asas, lapan tema utama, dan tiga kategori. Tiga kategori yang dikenal pasti dalam mencapai objektif termasuk a) menerusi membantu golongan rentan, b) meningkatkan ekonomi menerusi peningkatan pendapatan, serta c) membantu dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Namun, hasil dapatan menerusi kategori tersebut tidak mencakupi keseluruhan aspek terutama sekali bagi impak dalam aspek kebajikan yang boleh lagi dipertingkatkan. Hasil analisis tersebut turut mendapati matlamat perusahaan sosial kurang menekankan isu bagi membendung ketidaksamaan sosial. Sesebuah perusahaan sosial tidak mempunyai masalah sekiranya mereka hanya memberi impak tertentu untuk jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, bagi jangka masa panjang, matlamat tanggungjawab sosial pengusaha terhadap kebajikan masyarakat dan ketidaksamaan sosial adalah disyorkan dikembangkan melalui instrumen inovasi sosial. |
---|