Cabaran kelestarian pelaksanaan piawaian MS 1900 (Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Syariah) di sebuah Kolej Komuniti Malaysia
Negara Malaysia telah menjadi barisan hadapan untuk berjaya mewujudkan satu standard atau piawaian bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang patuh kepada Syariah telah diaplikasikan pada tahun 2005 buat pertama kalinya. Ia adalah satu piawaian yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kualiti mengi...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17942/1/460-Article%20Text-1629-1-10-20211230.pdf http://journalarticle.ukm.my/17942/ https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/29 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Negara Malaysia telah menjadi barisan hadapan untuk berjaya mewujudkan satu
standard atau piawaian bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang patuh kepada
Syariah telah diaplikasikan pada tahun 2005 buat pertama kalinya. Ia adalah satu
piawaian yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kualiti mengikut perspektif
Islam (MS1900: 2005) dan kemudiannya dipinda pada tahun 2014 kepada
piawaian baharu dengan nama Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Berasaskan
Syariah (MS1900). Kajian kes ini bertujuan mengkaji cabaran-cabaran bagi
kelestarian pelaksanaan sistem MS1900 ini khususnya di sebuah Kolej Komuniti
di Perak, Malaysia. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu mengenal pasti cabaran
dari sudut sikap pekerja, bebanan kerja dan yang terakhir adalah dari sudut latihan.
Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Data kajian dikumpul
dengan kaedah pemerhatian dan temu bual separa berstruktur. Responden kajian
dipilih dengan menggunakan persampelan bertujuan (purposive sampling) yang
terdiri daripada individu yang aktif dalam pelaksanaan MS1900 di Kolej
Komuniti. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian NVivo. Hasil
kajian mendapati bahawa tiga cabaran utama harus dilalui oleh institusi berkenaan
semasa melaksanakan piawaian MS 1900 iaitu bermula dengan aspek yang
berkaitan dengan sikap pekerja sendiri, bebanan kerja yang berat, dan kekurangan
latihan berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Kajian ini diharapkan
dapat menyuntik sumbangan yang signifikan dalam pembangunan ilmu
pengetahuan dan teori pengurusan kualiti Islam dengan lebih mendalam. |
---|