Hikayat Kamarulzaman : satu analisis pendekatan eksistensialisme
Manuskrip lama menyimpan rekod bagi gambaran masyarakat lalu dan sering dinilai sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung di dalamnya. Hal ini merangkumi pelbagai aspek seperti adat istiadat, kepercayaan, stratifikasi sosial, falsafah, nilai masyarakat dan sebagainya. Teks Hikayat Kamarul...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18390/1/52630-173044-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/18390/ https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1446 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Manuskrip lama menyimpan rekod bagi gambaran masyarakat lalu dan sering dinilai sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung di dalamnya. Hal ini merangkumi pelbagai aspek seperti adat istiadat, kepercayaan, stratifikasi sosial, falsafah, nilai masyarakat dan sebagainya. Teks Hikayat Kamarulzaman merupakan sebuah naskhah yang menceritakan tentang kisah pengembaraan dan kehidupan Kamarulzaman beserta ahli keluarganya yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Teks Hikayat Kamarulzaman yang digunakan diperoleh daripada simpanan Koleksi Keluarga Harun Aminurrashid di Perpustakaan Tun Seri lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bentuk mikrofom yang diberi kod bernombor KHA194. Teks Hikayat Kamarulzaman juga merupakan manuskrip berbentuk prosa dan bertulisan jawi yang diterjemahkan secara terus daripada bahasa Arab dan dinilai mengandungi pengaruh unsur Parsi atau Timur Tengah serta mempunyai elemen penceritaan yang menarik berkenaan isu kekeluargaan dan percintaan, selain puisi berbentuk pantun dan syair yang terdapat di dalam naskhah. Berdasarkan penelitian, teks ini dipercayai dijadikan medium oleh pengarang untuk mengetengahkan konflik perhubungan dan isu kekeluargaan. Penulisan ini menggunakan pendekatan eksistensialisme untuk menelusuri pelbagai isu moral dan tingkah laku watak yang dapat dicerap melalui teks. Terdapat beberapa persoalan dari aspek moral dan tingkah laku watak di dalam teks ini yang berlawanan dengan norma kehidupan yang sewajarnya. Namun begitu, dengan menggunakan pendekatan eksistensialisme, persoalan tersebut dapat diterangkan menggunakan sudut pandang yang rasional dan bertepatan dengan kemahuan sebenar watak. Penulisan ini diharap dapat memberikan pendedahan dan membuka sudut pandang masyarakat menerusi penilaian yang berbeza terhadap karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional. |
---|