Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri – kepentingan lepas dan cabaran masa hadapan = State Government link companies – past performance and future challenges
Pembangunan melibatkan pelbagai pendekatan dan mekanisme. Sehubungan itu, penglibatan kerajaan dalam syarikat korporat merupakan sebahagian usaha memenuhi matlamat pembangunan negara dan rakyat. Selain Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri turut melabur dalam syarikat-syarikat korporat dengan melibatkan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/1885/1/jademik-81-05-lock.pdf http://journalarticle.ukm.my/1885/ http://www.ukm.my/~penerbit/akademika/jademik-contents.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pembangunan melibatkan pelbagai pendekatan dan mekanisme. Sehubungan itu, penglibatan kerajaan dalam syarikat
korporat merupakan sebahagian usaha memenuhi matlamat pembangunan negara dan rakyat. Selain Kerajaan Pusat,
Kerajaan Negeri turut melabur dalam syarikat-syarikat korporat dengan melibatkan jumlah pelaburan yang besar dan
memberi impak terhadap pembangunan sosioekonomi peringkat negeri. Bermula Mei 2004, usaha reformasi prestasi
syarikat berkaitan kerajaan (SBK) dilakukan bagi memperbaiki prestasi SBK. Walau bagaimanapun, program reformasi
nasional tersebut hanya terbatas kepada 15 buah SBK pusat yang dipegang melalui lima (5) induk pelaburan utama
Kerajaan Pusat. Sehubungan itu, artikel ini meneliti peranan syarikat berkaitan kerajaan negeri (SBKN) pada masa lalu dan menelah kerelevanan entiti SBKN dalam konteks pembangunan semasa Malaysia. Kepentingan kajian ini ialah dari segi menjustifikasi saranan perlunya inisiatif penambahbaikan prestasi SBKN seperti yang berlaku pada SBK Kerajaan Pusat. Tempoh masa yang dirujuk sebagai masa lalu ialah meliputi tempoh awal penubuhan badan induk pelaburan
negeri pada sekitar tahun-tahun 1960-an sehingga tahun 2003. Manakala tempoh kini dan akan datang merujuk
kepada tahun bermulanya program reformasi prestasi SBK pusat yang rasmi, iaitu tahun 2004 sehingga tahun 2007.
Penelitian ini mendapati entiti SBKN masih relevan dalam konteks pembangunan semasa Malaysia dan memerlukan
langkah pembaikan seperti yang berlaku dalam entiti SBK Kerajaan Pusat. Namun begitu, pemerkasaan prestasi SBKN
perlu dimulai dengan mengiktiraf kekeliruan identiti yang disebut sebagai Organisasi Dua Wajah dan mencari jalan
mengatasi masalah tersebut.
|
---|