Kesan pengajaran sarana kohesi dalam meningkatkan keupayaan menulis berdasarkan jantina
Kajian ini bertujuan untuk meneliti kesan pengajaran sarana kohesi dan hubungannya dengan kualiti penulisan. Kajian ini juga ingin mencari kemungkinan sekiranya terdapat perbezaan penggunaan peranti kohesi dalam karangan murid lelaki dan murid perempuan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaed...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19104/1/299-567-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/19104/ https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/99 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneliti kesan pengajaran sarana kohesi dan hubungannya dengan kualiti penulisan. Kajian ini juga ingin mencari kemungkinan sekiranya terdapat perbezaan penggunaan peranti kohesi dalam karangan murid lelaki dan murid perempuan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah eksperimental kuasi dengan reka bentuk pra dan pasca ujian satu kumpulan. Seramai 60 orang murid Program Huffaz Ilmuan (SPM) yang dibahagikan kepada tiga kelas sedia ada mengikuti pengajaran sarana kohesi selama tujuh minggu. Modul pengajaran sarana kohesi dibangunkan berdasarkan Model Pengajaran Unsur Tautan (2009). Ujian t sampel bebas digunakan untuk melihat perbezaan pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca serta kemungkinan sekiranya terdapat perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan dalam menggunakan sarana kohesi ketika menulis. Analisis deskriptif skor ujian pra dan ujian pasca menunjukkan terdapat perbezaan markah pencapaian murid dalam kedua-dua penilaian. Hasil ujian t yang dijalankan berdasarkan jantina sebelum dan selepas modul pengajaran sarana kohesi dilaksanakan memperlihatkan tidak terdapat perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan dalam menggunakan sarana kohesi ketika menulis. Kajian ini penting untuk mengupaya pengajaran karangan dalam kalangan guru bersandarkan sifat proses mengarang itu sendiri. |
---|