Isu dan cabaran pengelolaan kelas pengajian Tahfiz al-Quran secara dalam talian (Online ) di institusi tahfiz swasta dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kelangsungan sistem pendidikan tidak boleh terhenti walaupun terdapat halangan bersemuka di kala pandemik COVID-19 termasuk dalam pengelolaan kelas pengajian Tahfiz al-Quran. Pelaksanaan kelas tahfiz secara dalam talian menjadi pilihan utama semua institusi Tahfiz bagi memastikan kelas pengajian T...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi, Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19618/1/223-409-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19618/
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/15
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kelangsungan sistem pendidikan tidak boleh terhenti walaupun terdapat halangan bersemuka di kala pandemik COVID-19 termasuk dalam pengelolaan kelas pengajian Tahfiz al-Quran. Pelaksanaan kelas tahfiz secara dalam talian menjadi pilihan utama semua institusi Tahfiz bagi memastikan kelas pengajian Tahfiz tidak terbantut. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan dan pengelolaan kelas pengajian Tahfiz al-Quran terutamanya maahad atau pusat Tahfiz swasta dalam tempoh pandemik Covid-19. Tinjauan yang dilaksanakan ini merangkumi lima (5) perkara utama iaitu isu dan cabaran dari aspek pentadbiran Institusi Tahfiz, corak pelaksanaan jadual harian rasmi hafazan al-Quran, pelaksanaan kelas tasmik hafazan baharu, pelaksanaan kelas murajaah hafazan mingguan dan hafazan lama dan masalah dan cabaran pelaksanaan kelas hafazan dalam talian. Dalam proses pemerolehan data, kajian ini secara sepenuhnya menggunakan pendekatan kualitatif iaitu menggunakan kaedah temubual separa struktur yang dilaksanakan secara dalam talian. Bagi prosedur temubual, seramai 49 orang responden dari 27 institusi Tahfiz yang terdiri daripada mudir (pengetua) dan guru tasmik dan diniah (agama) telah ditemubual. Dapatan menunjukkan pelbagai isu dan cabaran timbul iaitu kemudahan peranti yang terhad, liputan internet yang tidak memuaskan, penjadualan kelas, komitmen dan disiplin pelajar, kerjasama ibu bapa dan pencapaian pelajar. Ia sekaligus menyebabkan perjalanan pentadbiran sekolah terjejas sehingga terdapat pelajar yang berhenti dari meneruskan pengajian mereka. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah dan tindakan yang boleh diambil bagi memastikan perjalanan kelas Tahfiz berlangsung dengan lebih baik dan menghasilkan pelajar kekal berkualiti walaupun pembelajaran terhad dalam talian.