Keupayaan menyerap dan limpahan pengetahuan : bukti baharu daripada modal manusia dan R&D
Keupayaan untuk menyerap pembangunan baharu daripada teknologi asing melalui aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) memainkan peranan penting dalam menentukan hubungan antara FDI, limpahan pengetahuan dan penciptaan ilmu pengetahuan. Kajian ini menghipotesiskan bahawa kapasiti penyerapan kepa...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19622/1/jeko_521-3.pdf http://journalarticle.ukm.my/19622/ https://www.ukm.my/jem/issue/v52i1/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Keupayaan untuk menyerap pembangunan baharu daripada teknologi asing melalui aliran masuk pelaburan langsung
asing (FDI) memainkan peranan penting dalam menentukan hubungan antara FDI, limpahan pengetahuan dan penciptaan
ilmu pengetahuan. Kajian ini menghipotesiskan bahawa kapasiti penyerapan kepada limpahan pengetahuan di antara
negara mungkin berbeza mengikut tahap modal manusia, dan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Negara yang
memiliki tahap modal manusia dan R&D yang rendah mungkin tidak mempunyai kapasiti penyerapan yang sama
berbanding dengan negara yang memiliki modal manusia dan R&D yang tinggi. Fokus utama kajian ini adalah untuk
mengkaji hubungan tidak monotonik antara limpahan pengetahuan, modal manusia dan R&D. Mengaplikasikan teknik
regresi ambang yang dicadangkan oleh Hansen (2000) untuk data keratan rentas dari tahun 1995 hingga 2014 yang
meliputi 190 buah negara, kajian mendapati wujud kesan tidak monotonik bagi modal manusia, dan R&D kepada
penciptaan ilmu pengetahuan. Hanya selepas paras ambang bagi modal manusia dan R&D, FDI mempunyai kesan
positif terhadap penciptaan ilmu pengetahuan. Tambahan pula, keupayaan ini akan menjadi lebih berkesan jika negara
mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik. |
---|