Kajian literasi media dalam kalangan pelajar terhadap isu kontroversi Malaysia dan Indonesia di media sosial
Isu-isu kontroversi antara Malaysia dan Indonesia sering mendapatkan perhatian dalam media sosial. Isu-isu kontroversi berlaku kerana kekurangan keupayaan dan kemahiran literasi media serta pengendalian diri yang dimiliki oleh pengguna media.Kajian ini adalah untuk melihat bagaimana kemampuan dan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19849/1/444-Article%20Text-623-1-10-20220704.pdf http://journalarticle.ukm.my/19849/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/22 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Isu-isu kontroversi antara Malaysia dan Indonesia sering mendapatkan perhatian dalam
media sosial. Isu-isu kontroversi berlaku kerana kekurangan keupayaan dan kemahiran
literasi media serta pengendalian diri yang dimiliki oleh pengguna media.Kajian ini adalah
untuk melihat bagaimana kemampuan dan tahap literasi media yang dimiliki oleh pelajar
dalam menanggapi isu-isu kontroversi diantara Malaysia dan Indonesia. Kajian ini memberi
penekanan kepada prinsip yang terdapat dalam Teori Literasi Media oleh James W. Potter
tahun 2004. Teori ini menjelaskan bahawaseseorangindividu mesti memiliki struktur
pengetahuan, pengendalian diri, kebolehan dan kemahiran serta aliran kerja pemprosesan
maklumat dalam menggunakan dan berhubungan dengan media.Kajian ini menggunakan
kaedah kualitatif iaitu dengan kaedah perbincangan kumpulan fokus, yang memilih sepuluh
pelajar Malaysia dan sepuluh pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil
penyelidikan mendapati bahawa media memainkan peranan penting sebagai alat untuk
menyebarkan dan menimbulkan kontroversi. Kemahiran literasi media setiap orang adalah
berbeza bergantung pada bagaimana dia ingin belajar dengan baik supaya ia tidak mudah
terjejas oleh kesan negatif media. Oleh itu, media harus mempunyai kredibiliti yang baik
serta mengikuti asas-asas jurnalistik dalam penyebaran berita, sehingga berita yang
disebarkan dapat dipercayai dan tidak menimbulkan kontroversi. Dengan meningkatnya
kemampuan literasi media, ia akan mampu mengelakkan daripada timbul kontroversi yang
dicetuskan oleh kalangan netizen terhadap isu-isu sensitif yang melibatkan dua negara. |
---|