Salasilah atau tarekh kerja-an Kedah (1911) : naskhah Melayu Kedah yang terpinggir

Makalah ini membincangkan naskhah Salasilah atau Tarekh Kerjaan Kedah yang dikarang oleh Wan Yahya Wan Mahamad Taib terutamanya menyorot persoalan mengapa teks yang diterbitkan pada 1911 itu dihentikan cetakannya dan sumbangan teks tersebut kepada pensejarahan Kedah. Meskipun agak tenggelam ji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: 'Aisyah Kamaruddin, Mahani Musa
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20302/1/57344-189455-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20302/
https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1535
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Makalah ini membincangkan naskhah Salasilah atau Tarekh Kerjaan Kedah yang dikarang oleh Wan Yahya Wan Mahamad Taib terutamanya menyorot persoalan mengapa teks yang diterbitkan pada 1911 itu dihentikan cetakannya dan sumbangan teks tersebut kepada pensejarahan Kedah. Meskipun agak tenggelam jika dibandingkan dengan dua lagi teks persejarahan Kedah iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1928), teks ini memaparkan suatu sudut pandangan yang berani dan telus pengarang yang berkebetulan juga merupakan seorang pembesar terhadap perkembangan yang berlaku di negeri Kedah yang sewaktu pengarangannya sedang dihimpit oleh dua kuasa besar, Siam dan British. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif yakni merujuk kepada sumber pertama yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis, Perpustakaan Awam Negeri Kedah dan Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa di sebalik kritikan secara langsung terhadap golongan pemerintah, teks Salasilah atau Tarekh Ker-jaan Kedah merupakan sumber tempatan dan sezaman yang penting yang berusaha mengangkat kewibawaan golongan elit Kedah dalam memastikan kelangsungan kesultanan tersebut sehingga awal abad ke-20.