Persepsi umum penduduk Telok Panglima Garang terhadap perubahan iklim di Malaysia
Masalah alam sekitar seperti perubahan iklim, pencemaran udara dan banjir semakin mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia. Perubahan iklim merupakan cabaran global yang paling serius terhadap masyarakat dunia pada masa kini. Semua pihak disetiap peringkat perlu bersama-sama bertanggung...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20359/1/157-Article%20Text-241-1-10-20191012.pdf http://journalarticle.ukm.my/20359/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Masalah alam sekitar seperti perubahan iklim, pencemaran udara dan banjir semakin
mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia. Perubahan iklim merupakan cabaran
global yang paling serius terhadap masyarakat dunia pada masa kini. Semua pihak disetiap
peringkat perlu bersama-sama bertanggungjawab dalam menyesuaikan diri dan memberi
komitmen dalam mengurangkan risiko terhadap ancaman global ini. Kesedaran alam sekitar
bermula dengan keprihatinan masyarakat terhadap masalah alam sekitar yang kian
meruncing. Manusia bergantungan secara fizikal dan emosi dengan alam semulajadi
manakala, keadaan ekosistem dan spesies pula bergantung kepada tindakan manusia. Kajian
ini bertujuan untuk melihat “Persepsi Penduduk Telok Panglima Garang Terhadap
Perubahan Iklim Di Malaysia”. Kajian dijalankan dengan mensasarkan seramai 50 orang
penduduk Telok Panglima Garang, Selangor. Data kajian ini dikumpul dengan menggunakan
borang soal selidik dan seterusnya dianalisis dengan menggunakan aplikasi SPSS.
Keputusan kaji selidik ini dijadikan asas untuk merangka langkah dan cadangan yang boleh
diambil oleh pihak berkuasa dalam mengawal masalah perubahan iklim ini. Kesimpulannya,
terdapat perhubungan antara tahap kesedaran dalam kalangan penduduk dalam mengawal
masalah perubahan iklim ini. Namun, hasil perhubungan yang didapati adalah agak lemah.
Berdasarkan pada keputusan analisis ini, tahap kesedaran yang kurang memuaskan dalam
kalangan penduduk Telok Panglima Garang akan memberi impak kepada pertambahan
masalah perubahan iklim di Malaysia. |
---|