Pengkelasan dan khasiat tumbuhan herba dalam Herba Legasi Bonda
Novel Herba Legasi Bonda mengisahkan kepelbagaian khasiat yang terdapat dalam tumbuhan herba dalam alam semulajadi. Tumbuhan herba bukan sekadar digunakan sebagai bahan ubatan tetapi dijadikan sebagai ramuan penambah perisa dan aroma dalam masakan, ulam-ulaman dan bahan pewangi, Misalnya kunyi...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20519/1/59263-196097-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20519/ https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1548 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Novel Herba Legasi Bonda mengisahkan kepelbagaian khasiat yang terdapat dalam tumbuhan
herba dalam alam semulajadi. Tumbuhan herba bukan sekadar digunakan sebagai bahan ubatan
tetapi dijadikan sebagai ramuan penambah perisa dan aroma dalam masakan, ulam-ulaman dan
bahan pewangi, Misalnya kunyit, halia, kemangi, pucuk manis dan ulam raja sering terdapat
dalam masakan yang menjadi hidangan makanan. Tanpa disedari tumbuhan herba tersebut
terdapat di tepi-tepi jalan, di taman, didapur dan ditanam di halaman rumah untuk dijual di
pasar atau dimakan bersama keluarga. Amalan menggunakan tumbuhan herba telah banyak
dikongsi oleh pengamal perubatan tradisional dalam bentuk penulisan bukan ilmiah seperti
majalah, novel dan penulisan ilmiah. Antara tujuan lain penulisan ini ialah untuk mengenal
pasti pengkelasan tumbuhan herba, nama tumbuhan herba dan menjelaskan khasiat herba
dalam merawat penyakit menggunakan sistem perubatan tradisional yang terkandung dalam
novel Herba Legasi Bonda. Kaedah kualitatif dan analisis kandungan digunakan dalam
penulisan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tumbuhan ubatan penting dalam bidang
perubatan Melayu khususnya sebagai kaedah rawatan alternatif. Terdapat empat pengkelasan
tumbuhan ubatan dengan 23 jenis tumbuhan yang dinyatakan dalam novel ini. Penjenisan
tumbuhan ubatan ini terdiri daripada tumbuhan berdaun, tumbuhan berbuah, tumbuhan
berizom dan tumbuhan berbunga. Antara penyakit yang dinyatakan dalam novel ini misalnya
penyakit tekanan darah tinggi, batuk, radang, luka dan lemas. Kaedah mengubati beberapa
jenis penyakit menggunakan tumbuhan ubatan adalah menerusi kaedah melayur dan merebus.
Penulisan kreatif mengenai tumbuhan ubatan perlu diperluaskan agar masyarakat sedar akan
kepentingan tumbuhan ubatan yang masih diamalkan sebagai rawatan alternatif yang dapat
menyembuhkan penyakit. |
---|