Persepsi guru Matematik terhadap pengetahuan teknologi pedagogikal isi kandungan semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah
Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah memberi cabaran terhadap pedagogi guru matematik sepanjang penularan COVID-19. Pelaksanaan PdPR memerlukan guru matematik untuk mengaplikasikan teknologi, pedagogi dan kandungan berpandukan kepada kerangka Pengetahuan Teknologi Pedagogi Isi Kandu...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20814/1/59110-196315-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/20814/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah memberi cabaran terhadap pedagogi guru matematik sepanjang
penularan COVID-19. Pelaksanaan PdPR memerlukan guru matematik untuk mengaplikasikan teknologi, pedagogi dan
kandungan berpandukan kepada kerangka Pengetahuan Teknologi Pedagogi Isi Kandungan (PTPIK). Namun begitu,
kajian tentang PTPIK guru matematik dalam konteks PdPR adalah masih baharu dan perlu dikaji. Oleh itu, kajian ini
dijalankan bagi meninjau persepsi guru matematik berkaitan PTPK semasa pelaksanaan PdPR. Selain itu, kajian ini
juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan persepsi guru matematik berkaitan PTPK semasa PdPR berdasarkan
jantina dan peringkat persekolahan yang diajar. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 210 orang responden yang
dipilih melalui pensampelan kuota dari daerah Kulai, Johor yang telah menjawab instrumen soal selidik PTPIK secara
dalam talian. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui ujian-t tak bersandar. Hasil
dapatan menunjukkan bahawa tahap persepsi guru matematik terhadap PTPK adalah tinggi bagi domain pengetahuan
kandungan dan pengetahuan pedagogi manakala persepsi bagi domain pengetahuan teknologi pula pada aras
sederhana. Hasil kajian gagal menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru matematik terhadap
PTPK matematik berdasarkan jantina atau peringkat persekolahan yang diajar. Guru matematik didapati masih belum
mencapai kompetensi yang sepenuhnya dari segi pengetahuan teknologi. Lantaran itu, sokongan daripada pelbagai
pihak diperlukan bagi membantu guru matematik bagi mendalami pengetahuan teknologi terkini dari semasa ke semasa
bagi pengajaran matematik yang lebih berkesan. |
---|