Kajian terhadap proses dan pendekatan dalam pembentukan dasar pekerja asing di Malaysia
Permintaan terhadap pekerja asing ke Malaysia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan kerajaan telah mewujudkan dasar dan program bagi mengawal kemasukan pekerja asing ke Malaysia. Terdapat dua objektif utama yang akan dibincangkan dalam artikel ini iaitu mengkaji proses pembuatan dasar...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20831/1/29281-89850-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20831/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Permintaan terhadap pekerja asing ke Malaysia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan kerajaan
telah mewujudkan dasar dan program bagi mengawal kemasukan pekerja asing ke Malaysia. Terdapat
dua objektif utama yang akan dibincangkan dalam artikel ini iaitu mengkaji proses pembuatan dasar
dan pendekatan digunakan dalam pembuatan dasar pekerja asing. Dalam kajian ini pengkaji
mengunakan kaedah kualitatif dengan menemubual beberapa responden yang terlibat dalam
pembentukan dasar pekerja asing dan mereka dipilih berdasarkan penglibatan dalam pengurusan dasar
pekerja asing. Responden tersebut boleh dikategorikan kepada formal seperti ahli dalam Jawatankuasa
Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan PATI (JKPA-PATI) dan tidak formal seperti wakil majikan,
wakil pekerja, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan ahli akademik. Hasil kajian menunjukkan terdapat
tiga peringkat dalam proses pembuatan dasar pekerja asing iaitu peringkat pertama, perbincangan di
antara kementerian dengan kumpulan berkepentingan seperti MEF, MTUC dan NGO. Kedua,
perbincangan di antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia dengan agensi
kawal selia yang terdiri daripada kementerian-kementerian berkaitan. Ketiga, peringkat mesyuarat
secara formal yang melibatkan ahli-ahli dalam JKPA-PATI. Manakala pendekatan yang digunakan
dalam pembuatan dasar pekerja asing adalah di antara ekonomi dan keselamatan. Setiap pihak
berkaitan pekerja asing mempunyai justifikasi tersendiri dalam menimbangkan pendekatan yang
dipilih. Kesimpulannya, pembentukan dasar pekerja asing melibatkan beberapa peringkat
perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan. Pertimbangan yang diambilkira dalam
pembentukan dasar melibatkan aspek keselamatan dan ekonomi yang menjadi penyebab utama kepada
konflik dasar di antara pihak-pihak berkaitan. |
---|