Kesahan dan kebolehpercayaan sikap pelajar terhadap instrumen pembelajaran bahasa Arab (I-SPPBA) menggunakan ukuran Rasch
Antara ciri terpenting dalam pembelajaran bahasa Arab ialah sikap. Oleh itu, instrumen yang jitu dari segi kesahan konstruk serta kebolehpercayaan untuk mengukur tahap sikap pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab adalah penting. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengesahkan instrumen yang digunaka...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21813/1/60396-200182-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/21813/ https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1533 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Antara ciri terpenting dalam pembelajaran bahasa Arab ialah sikap. Oleh itu, instrumen yang jitu dari segi kesahan konstruk serta kebolehpercayaan untuk mengukur tahap sikap pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab adalah penting. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengesahkan instrumen yang digunakan untuk menentukan tahap sikap pelajar bahasa Arab di universiti awam. Bagi mengumpul data, pengedaran soal selidik telah dilakukan kepada 40 pelajar tahun akhir Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) yang mengikuti program pengajian bahasa Arab. Bagi mengukur kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian ini, Model Pengukuran Rasch berbantukan Winsteps versi 5.2. telah digunakan. Dapatan menemukan tahap noise instrumen adalah pada 7.0% iaitu kurang daripada nilai terkawal maksimum pada 15%. Selain itu, hanya tiga item yang direkodkan terkeluar dari julat kesesuaian Mean Square namun telah dikekalkan dan dimurnikan. Sementara itu, indeks kebolehpercayaan item adalah pada 0.96 yang dianggap sebagai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan indeks pemisahan responden pada 3.31. Dapatan ini menunjukkan kesahan konstruk instrumen sikap pembelajaran bahasa Arab. Kesimpulannya, Model Pengukuran Rasch telah membuktikan bahawa instrumen sikap terhadap pembelajaran bahasa Arab dalam kajian ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi seterusnya wajar digunakan untuk mengukur tahap sikap pelajar di institut pengajian tinggi. |
---|