Penglibatan golongan wanita dalam bidang pekerjaan di Tanah Melayu, 1920-1970
Artikel ini mengetengahkan kerja-kerja yang berjaya diceburi oleh golongan wanita di Tanah Melayu pada tahun 1920-1970. Wanita pada masa tersebut telah berjaya melibatkan diri dalam bidang pekerjaan secara profesional. Namun, peranan wanita dalam bidang profesional tidak banyak yang ditonjolkan dan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22275/1/3-Azlizan%2BMat%2BEnh%20--.pdf http://journalarticle.ukm.my/22275/ https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Artikel ini mengetengahkan kerja-kerja yang berjaya diceburi oleh golongan wanita di Tanah Melayu pada tahun 1920-1970. Wanita pada masa tersebut telah berjaya melibatkan diri dalam bidang pekerjaan secara profesional. Namun, peranan wanita dalam bidang profesional tidak banyak yang ditonjolkan dan dikaji. Walhal, sumbangan mereka penting dalam meningkatkan sumber ekonomi keluarga dan masyarakat pada masa itu. Tumpuan artikel ini memfokuskan kepada kerja-kerja utama yang memperlihatkan wanita yang ramai terlibat dalam bidang profesional di Tanah Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen ke atas sumber primer seperti fail Federated Malay States, Annual Reports serta rekod-rekod yang diperolehi di Arkib Negara Malaysia. Hasil kajian memperlihatkan bahawa wanita di Tanah Melayu terutamanya kaum Melayu sudah berjaya menjawat jawatan dalam institusi kerajaan yang sebelum ini dimonopoli oleh pegawai British atau pun pihak luar. Pekerjaan wanita di Tanah Melayu sudah mula berubah bermula pada awal abad ke-20 kerana sudah ada pelbagai tokoh yang memperjuangan nasib wanita Melayu. Wanita sudah mula bekerja sebagai guru, jururawat, wartawan, perniagaan tekstil dan kerjaya dalam politik. Berbeza dengan pekerjaan atau pun kegiatan wanita terdahulu sebelum abad ke-20 yang lebih tertumpu kepada aktiviti pertanian dan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menyara kehidupan. |
---|