Ekspresi emosi sebagai satu bentuk komunikasi watak menerusi Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting
Kesusasteraan yang dihasilkan bertujuan untuk dikongsikan bersama khalayak pembaca. Penghasilan karya sastera bertunjangkan kepada idea, pemikiran, gagasan dan perasaan pengarang yang diadun menggunakan medium bahasa sebagai saluran penyampaian. Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi dalam menyamp...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22671/1/656862180761PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/22671/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kesusasteraan yang dihasilkan bertujuan untuk dikongsikan bersama khalayak pembaca. Penghasilan karya sastera bertunjangkan kepada idea, pemikiran, gagasan dan perasaan pengarang yang diadun menggunakan medium bahasa sebagai saluran penyampaian. Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi dalam menyampaikan ilmu, idea, pendapat, buah fikiran, melahirkan emosi dan perasaan melalui pengucapan, gerak-geri atau bahasa badan, tulisan, lukisan dan isyarat. Sehubungan itu, emosi merupakan salah satu unsur yang mendasari sesebuah karya sastera. Hal ini kerana unsur emosi di dalam karya sastera bukan sahaja berperanan sebagai saluran komunikasi tetapi, turut mewarnai dan mencorakkan penceritaan di dalam karya tersebut. Lantaran itu, menerusi artikel ini akan membincangkan ekspresi emosi watak sebagai wahana komunikasi watak utama dalam Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting yang digunakan sebagai data kajian artikel ini. Artikel ini akan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis data kajian. Justeru, penelitian terhadap ekspresi emosi akan ditelusuri menerusi ekspresi wajah, suara, tingkah laku dan sentuhan dalam berkomunikasi. Hasil dapatan artikel ini akan dapat memberikan sumbangan dalam pengkajian ekspresi emosi khususnya dalam kesusasteraan dan menjadi rujukan kepada para pengkaji yang seterusnya. |
---|