Keberkesanan taman poket dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar di kawasan perumahan bertingkat kos rendah di Malaysia
Isu dan permasalahan mengenai peruntukan kawasan lapang di bangunan perumahan bertingkat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menepati populasi penduduk adalah masalah yang telah lama berlaku dan dibahaskan namun masih belum ditangani sepenuhnya walaupun pelbagai langkah st...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23463/1/20.pdf http://journalarticle.ukm.my/23463/ https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Isu dan permasalahan mengenai peruntukan kawasan lapang di bangunan perumahan bertingkat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menepati populasi penduduk adalah masalah yang telah lama berlaku dan dibahaskan namun masih belum ditangani sepenuhnya walaupun pelbagai langkah strategi telah dikenal pasti dan diambil untuk mengurangkan masalah ini. Bandar-bandar yang pesat membangun telah lama bergelut dengan isu keperluan kawasan hijau. Menambahkan kawasan hijau seperti taman poket adalah salah satu tindakan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan pembandaran yang pesat. Penyelidikan mengenai keberkesanan taman poket dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar di Malaysia telah dikaji dalam kajian ini. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti peruntukkan garis panduan rekabentuk taman poket oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk rumah bertingkat/ pangsapuri rendah di Malaysia dan mengenalpasti keberkesanan taman poket dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk perumahaan kos rendah di Selangor. Untuk mencapai objektif tersebut, satu tinjauan soal selidik telah dijalankan yang melibatkan 108 responden yang menginap di tiga buah perumahan bertingkat kos rendah. Tinjauan soal selidik ini membincangkan isu taman poket yang berlaku di Selangor serta peranan taman poket dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk. Dapatan daripada analisis soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu demografi responden, pemahaman berkenaan taman poket, dan cadangan serta penambahbaikan responden mengenai keberkesanan taman poket dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk di Selangor. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keberkesanan taman poket di bangunan perumahan bertingkat. Majoriti daripada responden bersetuju bahawa kemudahan taman poket yang disediakan secara keseluruhannya meningkatkan kualiti hidup penduduk. |
---|